Tayar Goodyear Eagle F1 SuperSport RS - untuk pemilik Porsche 911 GT2 RS, GT3 RS

oleh Mohamad Hanif|
Selepas memperkenalkan rangkaian produk baharu Eagle F1 SuperSport, Goodyear mengumumkan produk Eagle F1 SuperSport RS yang dihomologasikan untuk Porsche 911 GT2 RS dan Porsche 911 GT3 RS.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia juga turut menandakan kembalinya jenama Goodyear ke dalam segmen Ultra Ultra High Performance (UUHP) yang terbukti di sesi ujian masa di litar Nardo Porsche, Itali. 

Menurut Nick Harley, Pengarah Urusan Goodyear OE di Eropah, Timur Tengah dan Afrika (EMEA) berkata, "Dalam membangunkan tayar SuperSport RS kami telah menggerakkan keupayaan pasukan kejuruteraan serta kemudahan bertaraf dunia milik kami untuk menghasilkan tayar UUHP yang unggul. 

 


"Tayar tersebut telah direka untuk meningkatkan prestasi dan ciri-ciri pengendalian jentera yang amat khusus di jalan raya hari ini, malah juga pada kenderaan yang bakal dilancarkan dalam peringkat pembangunan.”

Didatangkan dalam dua saiz, iaitu 265/35 ZR90 (99Y) XL di hadapan dan 325/30 ZR21 (108Y) XL di belakang, tayar ini mampu memastikan kesemua kuasa 700 hp dan daya kilas 750 Nm disalurkan dengan cemerlang ke litar, tidak kira laluan lurus mahupun selekoh dalam mengejar catatan masa terpantas. 

Tambah Harley lagi, tayar Eagle F1 SuperSport RS menerima pujian daripada pengeluar seperti Porsche yang mencari kesempurnaan, membuktikan Goodyear telah jauh melangkah dalam segmen UUHP.

 


Ratusan jurutera, saintis, dan juruteknik di Pusat Pembangunan Hanau, Jerman telah bekerja dengan penggunaan bahan baharu, rekaan bunga tayar dan teknik pembuatan tayar bagi memastikan ia benar-benar menjadi sebuah produk yang cemerlang. 

Penggunaan kompaun tayar perlumbaan memaksimumkan cengkaman di jalan kering dengan menggabungkan elemen bunga yang keras dan kedalaman yang dikurangkan. 

Ia mampu memaksimumkan daya G dan dalam masa yang sama meminimumkan pergerakan bunga tayar ketika mengambil selekoh tajam, sekaligus memberikan pengendalian yang lebih jitu. 

Binaan tayar banyak mengambil inspirasi dan pengalaman daripada penyertaan di dalam sukan bermotor, dan oleh sebab itu Eagle F1 SuperSport RS memiliki profil tayar yang optimum untuk meningkatkan keluasan permukaan sentuh. 

 


Lingkaran Aramid yang kuat pula mampu memastikan pengagihan tekanan yang sekata dalam semua keadaan dan kelajuan yang pelbagai. 

Tidak ketinggalan, rekaan bunga baharu juga tampil dengan bahu yang lebih lebar untuk mengoptimumkan penghantaran kuasa lateral dan memudahkan pengambilan selekoh yang ekstrem.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mulai hari ini hingga 15 Mei 2024, pelanggan yang membeli empat biji tayar pengguna Goodyear…
Berita Domestik
Menurut pengumuman dari Nathaniel Madarang, Presiden untuk GoodYear Asia Pasifik, tindakan itu…
Informasi
Untuk itu, pemilihan tayar pastinya menjadi aspek penting untuk memastikan keselesaan dan…