Tawaran servis Maxx N Go khusus bagi pemandu GrabCar - Harga serendah RM99!

oleh Afandi Che Muhamad|
Pengendali e-hailing di negara ini, GrabCar mengumumkan bekerjasama dengan pengedar minyak pelincir tempatan, Shift Performance Asia (M) Sdn. Bhd. (Maxx N Go) dalam menyediakan perkhidmatan servis khusus untuk pemandunya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menerusi kerjasama strategik itu, pemandu GrabCar kini berpeluang menikmati servis penukaran minyak hitam daripada Maxx N Go.

Ketua Pegawai Teknikal (CTO) Maxx N Go, Tengku Djan Ley berkata, pihaknya menyediakan perkhidmatan servis mengikut permintaan pemandu GrabCar.

"Bagi pemandu yang menggunakan minyak pelincir jenis sintetik, kami menyarankan mereka untuk melakukan servis setiap 10,000 kilometer (km).

"Sementara itu, setiap 7,000 hingga 8,000km bagi pengguna minyak jenis mineral," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis pengumuman kolaborasi antara GrabCar dan Maxx N Go di Petaling Jaya, Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Ujar Tengku Djan lagi, pemandu GrabCar boleh memohon perkhidmatan premium Maxx N Go dengan memuat turun, mendaftar dan menetapkan temu janji terlebih dahulu sebelum mereka (mekanik) tiba bagi menukar minyak kereta di mana sahaja.

Lebih menarik, harga ditawarkan adalah serendah RM99 bagi penukaran minyak pelincir semi sintetik dan RM179 untuk minyak sintetik sepenuhnya.

Tidak terhad di situ, pemandu GrabCar yang melakukan servis kereta dengan aplikasi Maxx N Go hanya dicaj RM50 (untuk kegunaan pertama kali sahaja). Berbaloi bukan?

Jelas Tengku Djan, kewujudan platform berkenaan menawarkan pengalaman menarik dan mudah dalam kalangan pemandu perkhidmatan berkenaan (GrabCar).

Tambahnya, tiada kos perkhidmatan dan sebarang kos tambahan lain dikenakan pihaknya cuma pemandu perlu membayar harga minyak pilihan mereka.

Dalam perkembangan sama, Pengurus Bahagian Pembangunan Perniagaan GrabCar, Wayman Tang berkata, pihaknya mengalu-alukan kerjasama daripada Maxx N Go.

"Sebenarnya, perancangan untuk berkolaborasi (seperti dilihat hari ini) sudah pun bermula enam bulan lalu.

"Cuma baru hari ini, kami berkesempatan untuk menguar-uarkan mengenainya kepada orang ramai," tutur Tang.

Sebagai permulaan, akses Maxx N Go boleh didapati di sekitar Lembah Klang, Selangor, Ipoh (Perak) dan Pulau Pinang sebelum ke seluruh negara.

(Gambar menunjukkan Alan berucap merasmikan majlis berkenaan sebentar tadi)

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Operasi Maxx N Go (COO), Alan Tam yang bertanggungjawab menyempurnakan majlis tersebut.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh melayari laman web rasmi di www.maxxngo.com atau www.grab.com.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Hakim Datuk Wong Kian Keong memutuskan demikian selepas membenarkan tuntutan pengilang minyak…
Berita Domestik
Masa terbaik yang dicatatkan oleh pasukan ini adalah 3:07 dan dalam masa 24 jam dan berjaya membuat…