Tawaran 'Remarkable Car Offers' (RMCO) dari Nissan sempena pengecualian cukai jualan dan penjimatan tambahan sehingga 14.6%

oleh SALINA JALIL|
Selari dengan pengumuman pelan rangsangan ekonomi iaitu Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) oleh kerajaan baru-baru ini dengan pengecualian cukai jualan ke atas kategori Kereta Penumpang pemasangan tempatan (CKD) dan model import sepenuhnya (CBU), Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) hari ini mengumumkan harga baharu untuk kenderaan Nissan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Berkuatkuasa pada 15 Jun 2020 hingga 31 Disember 2020, harga baharu kenderaan Nissan yang telah dikurangkan adalah  seperti berikut: 

 

 

 

Model

Varian

Harga OTR dengan Cukai Jualan 10%

(RM)

Pengecualian

Cukai Jualan

(RM)

Pengecualian

Cukai Jualan

(%)

Harga OTR baharu dengan Pengecualian Cukai (RM)

Tawaran ReMarkable Car Offers (RMCO)

(Rebat Tambahan)

Harga  OTR bersih

(RM)

Penjimatan

(RM)

Penjimatan

(%)

Almera

1.5L E AT

69,888

4,189

-6.0%

65,699

6,000

59,699

10,189

14.6%

1.5L VL AT

79,888

4,469

-5.6%

75,419

6,000

69,419

10,469

13.1%

Serena

S-Hybrid

2.0L

(Highway Star)

132,888

5,364

-4.0%

127,524

7,000

120,524

12,364

9.3%

X-Trail

2.0L 2WD

133,888

5,258

-3.9%

128,630

7,000

121,630

12,258

9.2%

2.0L MID

145,888

6,245

-4.3%

139,643

7,000

132,643

13,245

9.1%

2.5L 4WD

153,888

7,157

-4.7%

146,731

4,000

142,731

11,157

7.3%

2.0L Hybrid

159,888

2,437

-1.5%

157,451

13,000

144,451

15,437

9.7%

LEAF

100% Electric

188,888

7,625

-4.0%

181,263

-

181,263

7,625

4.0%

 

Di samping itu, ETCM turut membuat penawaran kepada pembeli Nissan Serena S-Hybrid atau X-Trail bermula dari sekarang hingga 30 Jun 2020 akan menerima pelan perlindungan FWD Protect Direct Family Takaful selama 1 tahun (sehingga 4 orang ahli keluarga; ibu bapa dan 2 orang anak) dengan jumlah diinsuranskan sebanyak RM100,000.

 

Penebusan mesti dibuat sebelum 31 Julai 2020. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelan FWD Protect Direct, sila layari laman web:https://fwd.com.my/direct/protect-direct. 

 

 

 


ETCM juga turut memberikan tawaran tambahan di mana 20 orang pemenang bertuah turut berpeluang memenangi Peralatan CUCKOO Healthy Home bernilai sehingga RM128,888 dalam peraduan Beli & Menang Nissan apabila mereka membeli mana-mana model Nissan dari sekarang hingga 30 Jun 2020.

 


Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web: https://www.nissan.com.my, atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di talian 1800-88-3838.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…