Tawaran 'Naza Automall Mid Year Mega Deal' sehingga 5 peratus dengan kadar faedah 1.88 peratus

oleh SALINA JALIL|
Kumpulan Naza melalui Kumpulan Automotif Naza menawarkan harga kenderaan lebih rendah menerusi kempen 'Naza Automall Mid Year Mega Deal' yang diadakan bermula hari ini sehingga 15 Julai hadapan.


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan Automotif, Naza Corporation Holdings, Datuk Nik Hamdam Nik Hassan berkata pengguna boleh menikmati penjimatan harga sehingga lima peratus dengan kadar faedah bermula 1.88 peratus dengan setahun waranti untuk model-model import terpakai (recond) terpilih yang ditawarkan di Naza Automall, Petaling Jaya.


"Kami mengambil peluang tempoh pengecualian cukai daripada kerajaan ini dengan menawarkan harga lebih rendah kepada pelanggan yang boleh menikmati penjimatan dan memiliki kenderaan idaman mereka.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

"Bagi kemudahan tambahan, kami turut menyediakan platform seperti Facebook dan Instagram untuk pelanggan melihat model-model yang ditawarkan secara atas talian termasuk melakukan panggilan video yang juga sebagai penyediaan kami ke arah pendigitalan industri automotif," katanya.

 

Untuk memastikan keselamatan dan kesihatan, pelanggan yang berminat untuk memandu uji kenderaan yang ditawarkan boleh melakukan temujanji melalui penasihat jualan yang bertugas namun hanya dua orang sahaja boleh berada dalam satu-satu kenderaan itu dalam satu masa.

 

Terdahulu Kumpulan Automotif Naza juga mengumumkan harga baharu untuk jenama kenderaan pemasangan tempatan dan import edaran mereka di negara ini bersempena dengan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

 

Naza Automall, PJ ialah ruang pameran automotif terbesar di Malaysia dengan menyediakan pelbagai keperluan dan jenama di bawah satu bumbung yang dibuka Isnin hingga Jumaat dari jam 9 pagi hingga 6 petang dan pada hujung minggu serta cuti umum dari jam 10 pagi hingga 6 petang.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut pihak Naza Motor, anak syarikat Kumpulan Naza, cuma ada 40 unit yang bakal dijual dengan…
Berita Domestik
  Untuk motosikal, cara begitu sangat jarang kita lihat dan jika ada, sering kali kita sudah…
Berita Domestik
  Indian bermula sejak tahun 1901 dan menjadi pengeluar motosikal terbesar dunia dalam tahun 1910-…