Tawaran Kerusi Keselamatan Kanak-kanak bersubsidi berharga RM100 sahaja dari BMW Malaysia, Safe ‘n Sound dan Childline Foundation kini dibuka

oleh SALINA JALIL|
BMW Malaysia menawarkan program subsidi yang merupakan sebahagian daripada inisiatif BMW Safety 360°. Dengan kolaborasi bersama Childline Foundation dan Safe ‘n Sound, sebanyak 150 unit kerusi kereta kanak-kanak akan ditawarkan dengan harga bersubsidi berjumlah RM100 seunit sahaja.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Program subsidi bagi kerusi kereta kanak-kanak yang bermula dengan harga serendah RM100 kini telah membuka pendaftaran atas talian, ia terhad kepada 150 unit sahaja.

 

Ia sejajar dengan inisiatif Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk menguatkuasakan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) bermula Januari 2020. Untuk menggalakkan penggunaan kerusi kereta kanak-kanak, para pemandu tidak akan didenda sepanjang enam bulan yang pertama setelah peraturan tersebut dikuatkuasakan namun mereka akan diberikan amaran untuk memasang kerusi khas berkenaan.
 

 

Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, “Statistik menunjukkan hanya 30 peratus pemandu yang menggunakan kerusi khas untuk anak-anak mereka, maka ia menjadi lebih mustahak bagi kami sebagai pengeluar kenderaan untuk memberi penekanan terhadap keselamatan kanak-kanak, dan bersedia untuk mengharungi cabaran dalam usaha untuk mendidik dan meningkatkan aksesibiliti ke atasnya. 

 


Kami berasa terdorong melihat Kementerian Pengangkutan mengambil langkah yang tegas untuk mewajibkan penggunaan kerusi kereta kanak-kanak pada tahun hadapan, namun pada masa yang sama, menyedari bahawa terdapat golongan ibu bapa yang mungkin mempunyai akses terhad ke atas kerusi khas berkenaan – lantas mereka diberikan pelepasan cukai serta yuran eksais yang lebih rendah untuk memperoleh kerusi ini. 

 


Sehubungan itu, kami kini membawakan program subsidi tersebut menerusi kemudahan dalam talian untuk menjadikan kerusi kereta kanak-kanak ini lebih mudah untuk diakses bagi isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.”

 


BMW Malaysia dan Safe ‘n Sound akan mensubsidikan 150 kerusi kereta mudah bawa (carrier) snskidz Ace yang setiap satunya bernilai RM100. Kerusi khas tetapan menghala ke belakang, yang bernilai RM199 ini boleh digunakan sejak lahir sehingga berat bayi mencecah 13kg. 

 


Produk tersebut juga hadir dengan persijilan ECE R44-04. Ibu bapa boleh mendaftar untuk memperoleh kerusi khas bersubsidi berkenaan di https://www.safensound.com.my/pages/program-subsidi-kerusi-keselamatan-kanak-kanak mulai hari ini hingga 15 Disember 2019

 

 

Ibu bapa yang layak menerima subsidi tersebut akan dimaklumkan, kemudian bayaran berjumlah RM100 perlu dibuat sebelum kerusi khas berkenaan boleh diambil.

 


Datin Wong Poai Hong, Childline Foundation berkata, “Para ibu bapa juga akan dididik mengenai kaedah yang betul dalam pemilihan dan pemasangan kerusi kereta kanak-kanak untuk menjamin keselamatan anak-anak mereka setelah kerusi khas tersebut diperoleh. Dengan mendidik mereka, kami berharap mereka juga akan menjadi penaung bagi inisiatif keselamatan kanak-kanak.”

 

bmw


Sashi Ambi, Ketua Komunikasi Korporat, BMW Group Malaysia berkongsi, “Program BMW Safety 360° ialah program yang telah berjalan sejak lima tahun yang lalu, kami berharap untuk melihat lebih ramai rakan-rakan kongsi memainkan peranan yang aktif untuk menjadikan penggunaan kerusi kereta kanak-kanak sebagai sebuah norma di Malaysia, sama ada melalui pendidikan mahupun dengan meningkatkan tahap aksesibiliti. 

 


Rakan-rakan kongsi juga boleh berganding bahu dengan Childline Foundation untuk mendukung kepentingan keselamatan kanak-kanak dengan lebih berleluasa. Bagi para ibu bapa dan rakan kongsi, inilah waktu yang paling tepat sekali untuk mengambil tindakan dan mereka seharusnya tidak menunggu sehingga penguatkuasaan dilaksanakan untuk mula mempertimbangkan aspek keselamatan kanak-kanak.”
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pada acara itu, pelbagai pilihan hingga 500 kenderaan premium pra-milik serta kenderaan baharu…
Berita Domestik
Tidak seperti model terdahulu yang boleh didapati dalam varian xDrive40, BMW iX 2024 kini tersedia…
Berita Domestik
BMW Group Malaysia berjaya menyerahkan lebih daripada 15,000 unit kenderaan daripada BMW, MINI dan…