Tawaran diskaun saman sehingga 60 peratus sempena Hari Polis Ke-216

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pengurangan kadar kompaun dan saman sehingga 60 peratus sempena Hari Polis Ke-216.


PDRM menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan tawaran itu diberikan bermula pada Isnin, 20 Mac sehingga 31 Mac 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Tawaran pengurangan kompaun saman trafik secara dalam talian sehingga 60 peratus tertakluk kepada saman terpilih melalui aplikasi MyBayar Saman dan secara fizikal di semua kaunter bayaran trafik di Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan Daerah di seluruh negara.

 

"Pengurangan kompaun tidak ditawarkan bagi kesalahan termasuk kemalangan, bicara mahkamah, waran, kenderaan berat, memotong secara bahaya, menggunakan lorong kecemasan, melanggar lampu isyarat, pengubahsuaian ekzos dan saman Op Selamat," katanya.

 

Orang ramai yang mahu membuat bayaran boleh mendaftar MyBayar Saman dan tidak perlu beratur panjang di kaunter bayaran trafik.

 

Pendaftaran boleh dibuat menerusi portal https://mybayar.rmp.gov.my; Google playstore; Apple store dan Huawei Appstore.

 

 

PDRM

Berita Berkenaan

Informasi
  Program penawaran diskaun saman ini tidak ditawarkan bagi kompaun yang membabitkan kemalangan,…
Berita Domestik
  Sepanjang tempoh itu, beliau berkata, lebih 2,300 pembayar hadir menjelaskan saman atas pelbagai…