Taufan Haishen - Toyota, Daihatsu terpaksa henti sementara operasi kilang

oleh Mohamad Hanif|
Taufan Haishen yang melanda selatan Jepun pada ketika ini memaksa ratusan ribu penduduk diarahkan untuk berpindah, dan beberapa syarikat besar terpaksa menutup operasi kilang seketika, termasuklah Toyota Motor Corp dan Canon Inc.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut ramalan daripada Agensi Meteorologi Jepun berkata, ribut taufan tersebut dijangka melanda wilayah Kagoshima, kepulauan Kyushu pada petang Ahad.

Lebih daripada 45,000 isi rumah di wilayah Kagoshima keputusan bekalan elektrik pada jam lima petang waktu tempatan berdasarkan laporan daripada Kyushu Electric Power Company Inc.

Malah, agensi Pengurusan Bomba dan Bencana menyatakan sekurang-kurangnya 218,000 penduduk telah diarahkan untuk berpindah ke tempat yang lebih selamat di Okinawa dan lima daripada wilayah Kyushu.

Toyota dalam satu kenyataan memutuskan untuk menghentikan sementara operasi tiga fasilitinya di Fukuoka, diikuti oleh Daihatsu di wilayah Oita dan Fukuoka bermula Isnin ini.

Selain daripada itu, kesemua perkhidmatan keretapi dan penerbangan juga dilaporkan terganggu akibat bencana tersebut.

West Jalan Railway Co. akan menghentikan sementara operasi Sanyo Shinkansen di laluan antara Hiroshima dan Hakata, manakala Central Japan Railway Co pula turut sama menghentikan atau mengubah destinasi sesetengah daripada jaringan keretapi berkelajuan tingginya.

Japan Airlines Co. dan ANA Holdings Inc juga turut merancang untuk membatalkan kesemua penerbangan antara Okinawa dan Kyushu pada Ahad dan Isnin.


Sumber: Automotive News Europe