Taufan Hagibis - JR East mungkin terpaksa lupuskan 120 unit Shinkansen

oleh Mohamad Hanif|
Berikutan Taufan Hagibis yang melanda Jepun tempoh hari, pihak pengoperasi Shinkansen Hokuriku, JR East (East Japan Railway Co.) berkemungkinan besar akan melupuskan kesemua 120 unit Shinkansen yang rosak akibat banjir.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ribut taufan yang ke-19 untuk tahun ini mengakibatkan banjir besar yang menenggelamkan depot keretapi yang terletak di Nagano Prefecture, Jepun. 

120 unit Shinkansen dikhuatiri rosak teruk akibat banjir, di mana jumlah tersebut merupakan satu pertiga daripada jumlah keseluruhan Shinkansen laluan Hokuriku yang menghubungkan Tokyo dan Kanazawa, Ishikawa Prefecture. 

JR East dijangka akan mengambil masa bagi memulihkan sepenuhnya operasi Shinkansen Hokuriku. 

Menurut sumber yang rapat dengan situasi tersebut, walaupun kelengkapan dan peranti yang dipasang pada bahagian bawah Shinkansen tersebut mempunyai ciri kalis air, tidak dapat dipastikan kesemua Shinkansen tersebut mampu beroperasi dengan baik akibat tenggelam untuk jangka masa yang lama. 

Sumber: Nippon.com

Berita Berkenaan

Berita Global
Pemandu pengangkutan awam yang berumur 36 tahun itu pergi ke tandas selama kira-kira tiga minit…
Berita Global
Difahamkan, Projek Kereta Cepat Indonesia (KCID) yang sedang dalam fasa pembangunan ini bakal…
Berita Global
Model Shinkansen N700S (N700 Supreme) ini dilengkapi dengan pek bateri jenis lithium-ion tambahan…