Tatamel Bike - skuter boleh lipat dari Jepun, muat letak bawah meja!

oleh Mohamad Hanif|
Masihkah anda ingat pada skuter boleh lipat yang pernah dihasilkan oleh Honda suatu ketika dahulu?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ya, pada tahun 1981, Honda telah memperkenalkan Motocompo, sebuah skuter enjin enjin dua lejang yang boleh dimuatkan ke dalam ruang kargo Honda City.

Disebabkan saiznya yang kompak, ia bukanlah bertujuan untuk memenangi mana-mana perlumbaan bertemakan kelajuan, malah enjin dua lejang yang dimuatkan hanyalah mampu menghasilkan kuasa yang menyamai dua ekor kuda setengah.

Namun, disebabkan saiznya itu juga secara tidak langsung ia sebenarnya berjaya menyelesaikan masalah mobiliti perbatuan terakhir.
 

Icoma


Mungkin mengambil inspirasi daripada Motocompo, sebuah syarikat pemula dari Jepun, Icoma kini memperlihatkan sebuah model prototaip skuter boleh lipat dan ia bakal memasuki produksi kelak.

Tatamel Bike memang comel, di mana dalam versi yang paling kompak, ia hanyalah sebesar 700 mm x 680 mm x 260 mm, cukup besar untuk dimuatkan di bawah meja kerja.

Kurang risiko kecurian terutama apabila diparkir di kawasan luar pejabat.

Namun apabila ia dibuka, Tatamel Bike mempunyai ukuran sepanjang 1,230 mm, tinggi 1,000 mm dan lebar 650 mm.
 

Icoma


Dari segi kuasa, Tatamel Bike hadir dengan motor elektrik berkuasa 600 watt (0.8 hp) dipadankan dengan bateri lithium-ion-phosphate 12 Ah, dengan kelajuan maksimum 40 km/j dan jarak operasi sejauh 50 km sahaja.

Antara ciri menarik yang ada pada Tatamel Bike adalah penggunaan suspensi yang sebenar (termasuk spring gegelung di bahagian belakang), sistem pencahayaan LED penuh, keupayaan untuk mengecas peranti pintar serta panel sisi yang boleh digunakan untuk pengiklanan (analog mahupun digital).

Menurut Icoma, skuter boleh lipat ini secara undang-undangnya dikategorikan sebagai sebuah moped di Jepun, jadi anda perlu mempunyai lesen motor yang standard untuk menunggangnya.