Tata Tiago.ev - kereta elektrik murah di India, dari RM48k sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Pihak Tata baru-baru ini melancarkan sebuah model hatchback kecil berkuasa elektrik yang direka khusus untuk pasaran india, Tata Tiago.ev.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Ia secara asasnya merupakan versi sifar emisi kepada hatchback segmen A Tiago, dengan rupa paras yang hampir sama seperti model ICE, namun ia tampil dengan kemasan warna biru turquoise pada bahagian hadapan.
 

Tiago


Tata Tiago.ev membawakan konfigurasi motor elektrik tunggal yang memacu roda hadapan, dengan angka output 74 hp dan daya kilas 114 Nm, di mana pecutan 0-60 km/j (ya, bukan kesilapan menaip) boleh diselesaikan dalam masa 5.7 saat.

Versi asas XE didatangkan dengan pek bateri kecil 19.2 kWh dengan jarak gerak sejauh 255 km untuk sekali cas penuh (mengikut data Modified Indian Driving Cycle (MIDC)).

Sementara varian XT, XZ+, dan ZX+ Tech LUX pula dilengkapi dengan pek bateri 24 kWh yang lebih besar, dengan jarak operasi sejauh 315 km untuk sekali cas penuh.
 

ev


Dua varian tertinggi pula hadir dengan opsyen pengecasan AC 3.3 kW atau 7.2 kW, serta sokongan pengecasan pantas yang membolehkan jarak 110 km ditambah dalam masa 30 minit sahaja.

Untuk ruang kabin pula, Tata Tiago.ev menampilkan ciri-ciri yang agak moden untuk sebuah kereta elektrik aras mula, seperti contoh roda stereng dengan butang fungsi, tombol transmisi jenis rotari di bahagian tengah, sistem pendingin hawa automatik, serta skrin kluster digital.
 

ev


Selari dengan perkembangan semasa, pemilik juga boleh menghubungkan kenderaan mereka kepada peranti pintar untuk melihat data dan status semasa, selain boleh melihat data-data tersebut menerusi jam tangan pintar.

Di pasaran India, harga jualan Tata Tiago.ev ini bermula dari INR 8.49 Lakh (RM48,394) untuk versi asas, hingga INR 11.79 Lakh (RM67,204) untuk versi ZX+ Tech LUX.