Tata Motors - memang bermula dari jenama marhaen

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sekiranya anda lahir dalam tahun 70-an atau lebih awal, pasti mengetahui bahawa trak Tata ada yang mirip trak balak Mercedes-Benz 911.

Sememangnya, permulaan Tata Motors dalam industri automotif bermula dengan membina trak-trak Mercedes-Benz kerana syarikat yang ditubuhkan dalam tahun 1945 sebenarnya bermula sebagai sebuah pembuat kepala keretapi.

Dalam tahun 1954, Tata Motors secara rasmi terbabit di dalam industri kenderaan komersil setelah ia menubuhkan syarikat usahasama dengan Daimler-Benz dari Jerman untuk membina dan seterusnya menguasai pasaran kenderaan komersil di India.

 

 

Trak-trak saduran Mercedes-Benz masih lagi beroperasi di India dan di negara lain.

Tata tidak berhenti di situ sahaja. Walaupun Tata ada menghasilkan kenderaan persendirian seperti Tata Indica, unit kenderaan komersil masih bergiat maju.

Dalam tahun 2004, Tata membeli unit kenderaan komersil milik syarikat Korea Selatan, Daewoo. Syarikat Daewoo Commercial Vehicles Company kemudiannya ditukarkan kepada Tata Daewoo.

Tahun 2005, Tata Motors membeli 21 peratus saham di dalam syarikat pengeluar bas dan badan bas Sepanyol, Hispano Carrocera. Empat tahun kemudian, syarikat itu menjadi milik Tata sepenuhnya.

 

 

Dalam tahun 2006, Tata bergabung dengan antara pembuat badan bas terkenal dunia, Marcopolo. Syarikat Tata Marcopolo Bus itu menghasilkan antara bas dan badan bas termoden di dalam pasaran, terutama di Eropah.

Tata Motors memiliki 51 peratus dari Tata Marcopolo dan mereka membina bas-bas modern untuk kegunaan bandar-bandar besar di India.

Bermula tahun 2009, Tata memperkenalkan Tata World Truck yang dihasilkan bersama Tata Daewoo. Trak-trak ini dijual di dalam pasaran antarabangsa seperti di Korea Selatan, Afrika Selatan, negara-negara Asia Selatan, Timur Tengah dan sebagainya.

 

 

Trak-trak global Tata direka untuk menandingi trak-trak dari jenama Mercedes-Benz dan Volvo serta jenama Eropah lain yang mahu menembusi pasaran India. 

Dari segi teknologi dan penyelidikan, Tata sedar ia perlu melakukan pelaburan yang tinggi untuk memastikan produk-produk mereka berkualiti dan modern.

Dalam tahun 2010, Tata Motors membeli 80 peratus saham dalam syarikat rekabentuk dan kejuruteraan Itali, Trilix dengan harga Euro 1.85 juta. 

Dengan wujudnya Trilis, Tata mempunyai kebolehan yang mantap di dalam rekabentuk kenderaannya.

Tata Daewoo juga mempunyai kebolehan penyelidikan yang sangat baik dan mampu menghasilkan kenderaan berat yang modern.

 

 

Dari segi teknologi, Tata Motors mewujudkan Tata Technologies Limited dengan 43 peratus saham dimiliki oleh Tata Motors sendiri.

Ia mempunyai kepakaran dalam rekabentuk, kejuruteraan dan perkhidmatan "business process outsourcing" untuk industri automotif.

Tata Technologies mempunyai ibupejabat di Pune, tetapi beroperasi dari pejabat cawangan di London, Detroit dan Thailand. Antara pelanggan mereka ialah General Motors, Honda dan Toyota.

 

 

Tata juga bekerjasama dengan Hitachi untuk menghasilkan jentera-jentera berat dalam sektor pembinaan seperti jengkaut di bawah syarikat Tata Hitachi Construction Machinery.

Untuk anda yang gila kereta, pasti anda tahu bahawa Tata pernah menghasilkan Tata Nano, kereta paling murah di dunia dan Tata juga memiliki dua syarikat kenderaan British yang popular, Jaguar dan Land Rover.

Di Malaysia, Tata Motors telah bergabung dengan DRB-Hicom dan mereka baharu sahaja melancarkan tiga model kenderaan komersil terbaharu.

Anda boleh baca laporan mengenai pelancaran model Tata Super Ace, Tata Ultra dan Tata Ultra 814 pada pautan di bawah.

DRB-Hicom dan Tata lancar tiga model baharu

 

three tatas

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia membawakan spesifikasi motor elektrik tunggal berkuasa 74 hp dan 114 Nm, sementara jarak gerak…
Berita Global
Tata Punch 2022 merupakan SUV kecil pertama pengeluar itu untuk pasaran India bagi melawan model-…
Berita Global
Diberikan nama Tata Harrier (Toyota?), ia pernah dipertontonkan sebelum ini menerusi konsep H5X…