Tata Harrier bakal memasuki pasaran tahun hadapan - guna platform Land Rover Discovery Sport

oleh Mohamad Hanif|
Pemilik jenama Jaguar Land Rover, Tata dikatakan akan hadir dengan sebuah SUV yang berasaskan platform LR-MS/D8 yang turut sama menjadi asas kepada Land Rover Discovery Sport, Jaguar E-Pace dan generasi terbaru Range Rover Evoque.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Diberikan nama Tata Harrier (Toyota?), ia pernah dipertontonkan sebelum ini menerusi konsep H5X pada awal tahun lalu pada New Delhi Auto Expo dan Geneva Motor Show. 
 


Menurut laporan daripada Motor Authority, Tata Harrier ini bakal dikuasakan enjin diesel turbo 2.0 liter dari keluarga Ingenium yang hadir dalam dua talaan yang berbeza dengan pilihan transmisi manual atau automatik serta pacuan roda hadapan atau pacuan semua roda. 

Tata Harrier bakal menjadi kenderaan pertama yang mengaplikasikan bahasa rekaan terbaharu daripada Tata iaitu Impact Design 2.0 yang akan menjadi petunjuk kepada rekaan kenderaan baharu akan datang daripada Tata. 

Tata Harrier juga akan ditawarkan bermula tahun hadapan dalam konfigurasi lima penumpang manakala versi tujuh penumpang pula akan menyusul tidak lama lagi. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia membawakan spesifikasi motor elektrik tunggal berkuasa 74 hp dan 114 Nm, sementara jarak gerak…
Berita Global
Tata Punch 2022 merupakan SUV kecil pertama pengeluar itu untuk pasaran India bagi melawan model-…
Berita Domestik
  Dalam usaha untuk menambahkan lagi produk-produk untuk ditawarkan kepada pasaran tempatan, DRB-…