TAS 2022: Toyota GR GT3 Concept buat kemunculan rasmi

oleh Mohamad Hanif|
Ucapkan selamat datang kepada sebuah model konsep Toyota GR GT3 Concept.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak seperti model-model jentera lumba yang dibangunkan menggunakan asas daripada model produksi sebenar seperti Lexus RC-F GT3 dan Supra GT300, GR GT3 Concept dibangunkan dari kertas kosong.

Ini membolehkan para jurutera bebas untuk 'berkarya' dalam usaha untuk menghasilkan sebuah jentera GT3 yang agak mengkagumkan ini.
 

GT3


Daripada bahagian sisi, GR GT3 Concept membawakan garis hud enjin y ang agak panjang, dengan perkadaran garis bumbung yang hampir menyamai model AMG GT Coupe.

Ia membawakan rekaan lampu utama terpisah, liang udara yang besar, tip ekzos yang keluar di belakang tayar hadapan, set rim kekunci tengah dengan balutan tayar Bridgestone, serta set brek yang besar.
 

GR2


Sementara bahagian belakang pula menempatkan sayap leher angsa yang besar, bar lampu LED melintang penuh, diikuti dengan rekaan diffuser yang besar.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Namun di Tokyo Auto Salon 2022, para pelajar Nihon Automotive College (NATS) muncul dengan hasil…
Berita Global
Sebanyak lima unit sahaja NSX Legavelo yang akan dihasilkan dan setiap satu dijual pada harga…
Berita Global
Ketiga-tiga model ini didatangkan dengan pakej STI dengan aksen berwarna merah, perumah cermin sisi…