TAS 2022: Subaru bakal bawakan model EV STI E-RA, tiga buah model konsep STI Performance

oleh Mohamad Hanif|
Tidak sampai beberapa hari sahaja sebelum acara Tokyo Auto Salon 2022, Subaru menjanjikan penampilan sebuah model konsep berkuasa elektrik diikuti dengan tiga buah model STI Performance.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Model EV berprestasi tinggi itu digelar sebagai STI E-RA Concept, di mana ia sebenarnya merupakan sebuah model kajian terhadap kenderaan sukan permotoran yang menggunakan trenkuasa sifar emisi.

Seperti kebiasaan yang dibuat oleh Subaru, STI E-RA Concept ini turut menampilkan beberapa elemen rekaan yang bakal digunakan oleh kenderaan produksi Subaru, seperti contoh rekaan lampu nyalaan siang LED berbentuk C, rekaan bonet berventilasi, lencana STI merah beriluminasi, serta rekaan bampar depan yang disekalikan dengan splitter.
 

Tokyo


Selain daripada model konsep untuk sukan permotoran, Subaru juga bakal membawakan tiga buah konsep STI Performance menggunakan asas daripada WRX S4, Levorg dan juga BRZ.

Seperti gambar yang dibekalkan, Subaru WRX S4 STI Performance menampilkan penambahan komponen aerodinamik yang merangkumi splitter, side sill, serta penambahan pada bampar belakang, diikuti dengan layangan warna merah jambu.

Skema warna tersebut turut dipadankan pada perumah cermin sisi dan lencana STI, sebelum diakhiri dengan padanan spoiler belakang gentian karbon dan peredam berprestasi tinggi.
 

STI


Difahamkan, penawaran yang sama akan turut dimuatkan pada model Levorg STI Performance, dan juga BRZ STI Performance.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Namun di Tokyo Auto Salon 2022, para pelajar Nihon Automotive College (NATS) muncul dengan hasil…
Berita Global
Sebanyak lima unit sahaja NSX Legavelo yang akan dihasilkan dan setiap satu dijual pada harga…
Berita Global
Ketiga-tiga model ini didatangkan dengan pakej STI dengan aksen berwarna merah, perumah cermin sisi…