TAS 2022: Nissan Fairlady Z Customized Proto, inspirasi dari Z432R

oleh Mohamad Hanif|
Konsep bertemakan retro sudah menjadi satu pendekatan yang cukup popular untuk kereta-kereta masa kini, terutama kenderaan elektrik serta kereta sports.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bagi mereka yang aktif membaca, Nissan Z generasi baharu itu sendiri merupakan satu contoh yang dekat bagaimana elemen retro mampu menjadikan kereta sports generasi baharu itu cukup menarik.

Namun di Tokyo Auto Salon 2022, Nissan telah mengambil satu lagi pendekatan, dengan merujuk kepada salah satu daripada model Z yang cukup mahal untuk dibeli, Fairlady Z432R yang dijual pada harga ¥88,550,000 (RM3.24 juta) beberapa tahun lalu!

 

Nissan Z


"Z432R" merupakan sebuah Nissan Fairlady Z tahun 1970 yang dihasilkan untuk tujuan homologasi di mana ia dilayangkan dengan warna jingga dan rim aluminium hitam, selain menampilkan panel badan yang lebih nipis, bonet gentian kaca, serta tingkap sisi dan belakang daripada bahan akrilik demi penjimatan berat sehingga 100 kg.

Berbalik semula kepada model Nissan Fairlady Z Customized Proto ini, ia turut menerima layangan warna jingga yang serupa sebagai satu penghormatan buat model asal.

Jika dilihat dengan lebih dekat, Z Proto ini dipasangkan dengan overfender, angkup brek berwarna jingga, spoiler tailgate, serta sistem ekzos kustom.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Namun di Tokyo Auto Salon 2022, para pelajar Nihon Automotive College (NATS) muncul dengan hasil…
Berita Global
Sebanyak lima unit sahaja NSX Legavelo yang akan dihasilkan dan setiap satu dijual pada harga…
Berita Global
Ketiga-tiga model ini didatangkan dengan pakej STI dengan aksen berwarna merah, perumah cermin sisi…