Ralliart Style
Dua model yang dipamerkan di bawah kategori ini adalah Eclipse Cross dan Outlander (gambar utama) dengan pelbagai jenis aksesori Ralliart yang boleh dipasang.
Kedua-dua model hadir dengan warna White Diamond yang digandingkan dengan aksen merah, decal sporti pada bahagian sisi, serta tidak ketinggalan roda aloi, spoiler dan cermin sisi berwarna hitam.
Adventure Style
Mitsubishi Delica D:5 Tough x Tough ini mendapat kit suspensi yang ditinggikan, rim bersaiz 16 inci dengan balutan tayar all-terrain, pelindung bampar, penambahan lampu LED dan mud flap.
Delica D:5 ini dilayangkan warna Black Mica, digandingkan dengan aksen merah dan matte black, serta dihiasi dengan decal sisi Ralliart.
Khemah bumbung boleh dibuka untuk menempatkan ruang tidur tambahan.
K-EV X Style
Kei car yang dihasilkan menerusi kerjasama dengan Nissan ini merupakan sebuah kenderaan elektrik sepenuh masa, dengan rekaan yang diinspirasikan daripada SUV.
Konsep K-EV X Style ini menampilkan tema warna badan dua tona matte blue dan kuprum, serta dilengkapi dengan ciri bantuan pemanduan termaju ADAS.
Minicab-MiEV B-Leisure Style