Sayang sekali, ia bukanlah menandakan kemunculan rasmi hot hatch yang dinanti-nantikan itu, sebaliknya Honda masih lagi mengekalkan baju samaran yang sama kita lihat dalam beberapa laporan sebelum ini.
Berdasarkan gambar yang diperoleh sebelum ini, Civic Type R 2023 membawakan rekaan hatchback dengan penggayaan yang lebih agresif, diikuti dengan sayap belakang, tiga tip ekzos, brek Brembo, roda aloi yang ringan, serta talaan suspensi yang lebih sporti.
Selain daripada Honda, Tokyo Auto Salon 2022 bakal menampilkan rakan senegaranya seperti Mitsubishi dengan konsep SUV Ralliart, Subaru dengan model konsep STI elektrik, dan Nissan yang akan membawakan model Z termasuk sebuah model konsep one-off.
Baca: Honda Civic Type R 2023 dari jarak dekat
Baca: Honda Civic Type R 2023 diuji di Jepun
Baca: Subaru STI E-RA Concept bakal muncul di TAS 2022
Baca: Mitsubishi Ralliart Concept