TAS 2021: Honda N-Van jadi kafe bergerak!

oleh Mohamad Hanif|
Siapa kata kereta-kereta kei (kei car) tidak praktikal?
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Beberapa contoh telah pun diberikan oleh pengeluar seperti Daihatsu (masih ingat iklan Wake An-Chan?) untuk membuktikan kereta kotak kecil macam mesin basuh itu mampu menawarkan praktikaliti untuk kehidupan seharian.

Malah, untuk dijadikan sebuah kafe bergerak juga tidak menjadi sebarang masalah, seperti yang dihasilkan oleh Honda menerusi model N-Van.

 

 


Ia dihasilkan khusus untuk pameran digital Tokyo Auto Salon 2021 yang bakal berlangsung tidak lama lagi, dan ia menampilkan rekaan panel luar seperti diperbuat daripada keluli kalis karat.

Van yang dinamakan sebagai '3rd Place VAN' ini disifatkan oleh Honda sebagai sebuah model yang mampu menjadi tempat pilihan ketiga yang mampu menghubungkan tempat kerja dan tempat untuk melakukan hobi kegemaran.

Antara tarikan utama adalah pemasangan rak bumbung serta awning berjalur merah putih, selain rekaan panel sisi dengan tiga garisan beralun yang menampakkan ia sebagai sebuah 'kuda' kerja sebenar.

 


Selain daripada kafe bergerak itu, Honda turut menampilkan sebuah FIT e:HEV CROSSTAR Custom dengan jarak kelegaan tanah yang ditinggikan, serta pemasangan tayar jenis all-terrain.

Di bahagian atas bumbung telah dipasang sebuah rak Yakima yang mampu menepatkan bekas simpanan tahan lasak, sebelum keseluruhan badan diakhiri dengan layangan warna dua tona.

Acara digital Tokyo Auto Salon akan bermula pada 15 Januari ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
N-VAN sudah pun ditawarkan di Jepun sebelum ini dan walaupun ditukar kepada EV masih mengekalkan…
Berita Global
Sepanjang tempoh tersebut, kedua-dua syarikat itu akan menilai tahap keberkesanannya dalam…
Berita Global
Selepas melancarkan TFENDER yang dihasilkan khusus untuk Toyota ProBox, ESB Style kini melancarkan…