TAS 2020 - Suzuki Swift Sport Katana II Edition tampil lebih garang

oleh Mohamad Hanif|
Sempena acara Tokyo Auto Salon 2020, Suzuki memperlihatkan sebuah lagi model tribut kepada motosikal dua roda Suzuki Katana, menerusi model Suzuki Swift Sport Katana.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Apa yang berbeza berbanding model edisi terhad yang diperlihatkan tahun lalu, Swift Sport Katana kali ini ditampilkan dengan kit badan lebar yang berjaya menaikkan lagi seri Swift Sport ini. 

 


Masih membawakan warna yang sama seperti Suzuki Katana, Suzuki Swift Sport Katana ini turut menerima hiasan liveri berwarna hitam dan merah untuk memberitahu semua orang, "ini Suzuki Swift Sport Katana!"

Disebabkan Suzuki Swift Sport Katana ini telah dipasang fender flare yang lebar, bumper hadapan dan belakang terpaksa direka semula supaya tahap kelebaran tersebut berjaya diseimbangkan. 
 


Sementara itu, set rim aloi yang lebih lebar telah dipasang dan dibaluti tayar Yokohama.

Mengakhiri perubahan di luar adalah set tip ekzos baharu yang lebih besar di bahagian belakang, dan bukannya keluar di bahagian tepi seperti tekaan kami sebelum ini. 
 


Ruang kabin pula menerima kemasan ala-ala titanium pada papan pemuka dan konsol tengah, selain terdapat jahitan kontras berwarna merah pada tempat duduk, stereng dan juga tombol gear. 

Namun, apa yang pasti Suzuki tidak pernah menyebut modifikasi terhadap unit enjin, jadi Suzuki Swift Sport Katana ini masih kekal dengan nadi 1.4 liter turbo Boosterjet yang menghasilkan 138 hp dan 230 Nm dan transmisi manual enam kelajuan. 


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Mugen pada waktu tersebut memperlihatkan sebuah konsep yang digelar sebagai Honda Civic Mugen RR…
Berita Global
Antara perubahan yang positif dibawakan kepada Civic Type R 2020 ini termasuklah rekaan bumper…
Berita Global
Jika dibandingkan dengan Levorg Prototype yang dibawakan pada Tokyo Motor Show 2019, model STI ini…