TAS 2020 - Honda Civic EK Cyber Night Japan Cruiser 2020

oleh Mohamad Hanif|
Honda Civic EK9 Type R merupakan Honda Civic pertama yang menerima lencana Type R, hadir dengan nadi B16B 1.6 liter menghasilkan 182 hp dan 160 Nm daya kilas - cerita pada tahun 1997.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Secara peribadi, rekaan Honda Civic Type R yang asal ini tidaklah terlalu ketinggalan zaman, dan masih lagi boleh diterima jika ia dipakai selepas 23 tahun, namun mereka di Honda ada idea di sebaliknya. 
 


Jadi, menerusi model konsep Honda Civic Cyber Night Japan Cruiser 2020 ini, mereka cuba menjelmakan kembali Honda Civic EK menjadi sebuah jentera yang lebih moden. 

Moden (baca:Cyber) di sini merangkumi banyak perkara, dan di bahagian luar anda boleh lihat penampilan lampu utama dan lampu belakang yang menggunakan elemen LED sepenuhnya. 
 


Rekaan bumper asal Type R yang cantik itu telah diubah supaya ia selari dengan tema Cyber Night dan menampilkan banyak garisan tajam dan lebih agresif. 

Cermin sisi asal juga turut digantikan dengan unit yang lebih tirus, manakala rim bersaiz 17 inci pula diperoleh daripada Honda Insight dan diwarnakan hitam sepenuhnya dengan kemasan logo Civic berwarna merah jambu.
 


Sementara itu, tempat nombor pendaftaran telah dialihkan ke bahagian bumper dan ruang kosong itu digantikan dengan logo bercahaya Civic. 

Ruang kabin pula tidak membawakan perubahan ketara, namun kluster instrumen dan sistem infotainmen telah digantikan dengan unit daripada model Honda S660.
 


Jadi, berdasarkan gambar yang tertera, adakah anda bersetuju dengan modifikasi yang dibawakan pada Honda Civic Cyber Night Japan Cruiser 2020 ini? 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, penganjur program tersebut turut diminta supaya menitikberatkan pematuhan jalan…
Berita Domestik
"Ahli-ahli politik perlu mempunyai iltizam dalam memastikan kejayaannya (dari segi penggubalan…
Berita Global
Selain daripada itu, Toyota turut mempamerkan konsep ubahsuai bagi dua model pentingnya, iaitu GR…