TAS 2019 - Toyota Hilux dengan pakej TRD

oleh Mohamad Hanif|
Tidak mahu ketinggalan untuk mencuri tumpuan umum di acara Tokyo Auto Salon 2019, Toyota mahu mendatangkan kelainan pada kuda kerja paling popular mereka, iaitu Hilux dengan modifikasi berasaskan barangan TRD.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


Dibangunkan dengan nama Black Rally Edition, Hilux edisi khas ini didatangkan dengan rim aloi hitam double spoke, side step, rekaan grafik decal, mud flap, serta elemen-elemen merah hitam TRD menghiasi segenap sudut trak pikap ini.
 


Hilux Black Rally Edition ini akan membuat kemunculan rasmi pada acara TAS 2019, dan turut serta pada pameran tersebut ialah Prius facelift, dan GR Supra Super GT yang menggunakan asas daripada Supra generasi kelima (A90).
 


Sama-sama kita nantikan kehadiran model menarik daripada booth Toyota pada acara TAS 2019. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selain barisan binaan terkenal dari penala Jepun, TAS Kuala Lumpur yang pertama kali diadakan itu…
Berita Domestik
Acara sulung TAS Kuala Lumpur 2023 bakal menampilkan penala-penala (tuner) terkenal Jepun seperti…
Berita Domestik
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2023 akan berlangsung pada 9 hingga 11 Jun bertempat di Malaysia…