TAS 2019 - Suzuki pamer konsep trak pikap Suzuki Jimny, dan Jimny Survive

oleh Mohamad Hanif|
Memandangkan beberapa firma barangan aftermarket bertindak lebih sudu daripada kuah, Suzuki akhirnya mempamerkan model konsep Jimny Pickup Style dan Jimny Survive pada acara Tokyo Auto Salon 2019.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kedua-dua konsep tersebut masing-masing dibina berdasarkan Suzuki Jimny widebody (pasaran Eropah) dan juga Jimny Kei Car 660 cc (pasaran Jepun). 

Secara peribadinya, kami lebih menggemari reka bentuk trak pikap yang dipamerkan kerana ia tampak lebih menyerlah berbanding Jimny Survive. 
 


Menampilkan rupa bentuk luaran retro yang diwakili oleh panel kayu pada sisi kenderaan, Jimny Pickup Style ini hanya mampu memuatkan dua orang pada satu-satu masa oleh kerana ruang belakang telah dijadikan sebagai truck bed. 
 


Manakala Jimny Survive pula merupakan model yang memfokuskan kepada aktiviti lasak dengan penambahan alatan seperti roll cage di bahagian luar, plet pelindung pada fender, skid plet pada hadapan, serta bumper hadapan yang dilengkapi dengan cangkuk tunda terbina dalam. 

Tiada sebarang perancangan untuk kedua-dua model konsep ini untuk memasuki fasa produksi dalam masa terdekat. 

Sumber: CarScoops
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Manakan tidaknya, selain daripada pameran kereta-kereta talaan aftermarket berprestij di dunia, ia…
Berita Global
Mira Tocot Sporza Sekiranya anda hadir daripada zaman kegemilangan kei-car suatu ketika dahulu,…
Berita Global
Antara aksesori yang ditawarkan termasuklah mud-flap, tempat pemijak kaki sisi, serta rak bumbung…