TAS 2019 - Forester, Impreza bakal hadir dengan lencana STi

oleh Mohamad Hanif|
Subaru menerusi divisyen Subaru Tecnica International (STi) nampaknya sangat sibuk dalam usaha untuk menjadikan tahun 2019 sebagai tahun yang amat menarik di dalam arena kereta berprestasi tinggi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dimulakan dengan model edisi khas WRX STi S209 yang dikatakan bakal membuat kemunculan di Detroit pada Januari tahun hadapan, mereka juga dikhabarkan menyiapkan dua buah model yang akan memakai lencana STi; Forester STi dan Impreza STi. 

Kedua-dua model tersebut bakal dibawa secara rasmi pada acara Tokyo Auto Salon pada 11 sehingga 13 Januari 2019.
 


Model Forester merupakan nama yang tidak asing lagi apabila digandingkan dengan lencana STi memandangkan sebelum ini Subaru juga pernah menawarkan versi STi bagi crossover kompak itu. 

Subaru mendatangkan beberapa naik taraf seperti penawaran komponen aerodinamik, angkup brek Brembo enam omboh, rim bersaiz 19 inci dan kemasan warna Fighter Gray.
 


Manakala model Impreza hatchback pula dikatakan bakal menerima kemas kini yang serupa, namun didatangkan dengan kemasan dalaman bertekstur tinggi berwarna Bordeaux. 

Selain daripada itu, Subaru juga bakal membawakan model Levorg wagon dan WRX STi menerusi acara yang serupa. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun untuk makluman ia masih lagi belum dilancarkan secara rasmi di tanah tumpahnya minyak hitam…
Berita Global
Yang pertama, Subaru Impreza tidak lagi didatangkan dalam bentuk badan sedan, dan yang kedua,…
Berita Global
Teaser terbaharu 'P25' yang didedahkan oleh Prodrive ini memperlihatkan garis badan sebuah Subaru…