TAS 2019 - Barisan kereta comel daripada Daihatsu

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada kereta sports kecil Daihatsu Copen yang pernah kami paparkan beberapa hari yang lalu, Daihatsu juga bakal mempamerkan empat buah konsep yang rata-rata membawakan imej yang comel.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mira Tocot Sporza

Sekiranya anda hadir daripada zaman kegemilangan kei-car suatu ketika dahulu, Mira Tocot Sporza ini bakal mengembalikan ingatan anda. 

Hot hatch kecil ini diwarnakan dengan warna dua tona merah hitam, serta menampilkan tulisan Tocot Sporza pada bahagian sisi - konsep ini seakan mengingatkan penulis kepada zaman Mira TR-XX dan Daihatsu Charade DeTomaso.

 

Mira Tocot Active


Ia dikhaskan untuk golongan urban yang aktif, tampil dengan rekaan retro yang ringkas dan astetik seperti penggunaan warna biru cair, pemegang pintu hitam dan rim besi berwarna krim. 

 

Move Canbus


Mengambil inspirasi daripada watak maya yang kian popular di Jepun, iaitu Hatsune Miku, pengaruh watak ini boleh dilihat pada pemilihan warna dua tona biru dan putih pada bahagian luaran Move Canbus.

 

Hijet Marche


Trak makanan daripada Daihatsu ini menggunakan contoh daripada VW Bus versi trak, di mana ia hadir dengan kemasan cat dua tona, rim besi dengan penutup rim yang klasik, dan juga elemen krom.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara sulung TAS Kuala Lumpur 2023 bakal menampilkan penala-penala (tuner) terkenal Jepun seperti…
Berita Global
Baru-baru ini, syarikat penala dari Jepun iaitu Gibson telah menghasilkan satu lagi kit badan untuk…
Berita Global
Pelbagai pilihan yang boleh anda cuba, asalkan sesuai dan kena dengan kedalaman poket masing-masing…