Tarikan pelancongan terbaharu Terengganu - Payang Walk

oleh Penyumbang Rencana|
Payang Walk
Terengganu mempunyai tarikan pelancongan terbaharu iaitu Payang Walk yang berkonsepkan pusat sehenti produk makanan, kraftangan, kesenian dan kebudayaan Terengganu.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Payang Walk beroperasi setiap Jumaat dari pukul 4 petang hingga 12 tengah malam bermula Khamis lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beliau berkata, tarikan terbaharu itu terletak pesisir muara Sungai Terengganu berhampiran Pasar Besar Kedai Payang di Kuala Terengganu.

“Payang Walk diinspirasi daripada tarikan pelancongan yang terdapat di Melaka, tetapi telah disesuaikan dengan budaya setempat.

“Antara tarikan utamanya ialah beca warisan yang telah dinaik taraf dan diperindahkan bagi menggamit kehadiran pelancong,” katanya selepas merasmikan Payang Walk pada Jumaat.

Ahmad Samsuri berkata, 100 pengusaha makanan, dan kraftangan serta penggiat kebudayaan dan kesenian terlibat sebagai perintis Payang Walk.

Beliau berkata, tarikan terbaharu itu terletak pesisir muara Sungai Terengganu berhampiran Pasar Besar Kedai Payang di sini.

“Payang Walk diinspirasi daripada tarikan pelancongan yang terdapat di Melaka, tetapi telah disesuaikan dengan budaya setempat.

“Antara tarikan utamanya ialah beca warisan yang telah dinaik taraf dan diperindahkan bagi menggamit kehadiran pelancong,” katanya selepas merasmikan Payang Walk di sini malam tadi.

Ahmad Samsuri berkata, 100 pengusaha makanan, dan kraftangan serta penggiat kebudayaan dan kesenian terlibat sebagai perintis Payang Walk.

 

 

Kosmo