Tangki dan treler kemalangan, pemandu dinasihatkan ikut laluan alternatif

oleh Hamimah Hamid|
DUA buah lori terbabit dalam kemalangan di KM 319.5 Lebuhraya Utara Selatan, Arah Utara dekat Gopeng pagi tadi.

Kejadian kira-kira pukul 6.40 pagi itu hanya menyebabkan kedua pemandu cedera ringan, namun trafik agak sesak dan pengguna dinasihatkan mengikut laluan alternatif.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut jurucakap bomba, kemalangan melibatkan sebuah lori membawa muatan ammonium nitrate manakala sebuah lagi muatan skru/nat.

 

"Pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah menerima panggilan kejadian kira-kira pukul 6.41 pagi.

 

"Setibanya jentera dilokasi kejadian didapati kemalangan melibatkan dua buah treler dan dua orang pemandu mengalami cedera ringan namun tidak tersepit," katanya.

 

Ujar jurucakap terbabit, kedua-dua mangsa dirawat oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

 

Kenderaan yang hendak ke utara di nasihatkan keluar ke Tol Tapah mengikut jalan persekutuan menghala ke Kampar dan masuk semula ke Tol Gopeng

 

Bagi kenderaan yang hendak ke selatan pula, setakat ini boleh teruskan perjalanan seperti biasa.