Tandas awam R&R selesai ditambah baik

oleh Firdaus Razani|
gambar dari MalaysiaKini
Kini orang ramai sudah boleh menggunakan kemudahan tandas awam yang telah ditambah baik di 32 lokasi di kawasan rehat dan rawat (R&R), hentian sebelah serta plaza tol terpilih.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Antara lokasi yang terpilih adalah seperti berikut;

 

plus

 

Pada masa yang sama, PLUS juga sedang menjalankan kerja-kerja menambah baik kemudahan tandas awam di Hentian Sebelah Serdang (Arah Utara), Hentian Sebelah Sungai Buloh (Arah Selatan) dan Hentian Sebelah Juru (Arah Utara).

Di lokasi-lokasi tersebut, PLUS turut menyediakan tandas-tandas sementara untuk kegunaan orang ramai pada musim perayaan ini.

 

plus

 

PLUS juga memohon kerjasama orang ramai supaya dapat merancang perjalanan mereka dan menggunakan kemudahan tandas awam yang turut disediakan di plaza-plaza tol atau kawasan rehat terdekat.

 

plus

 

Tambahan itu, orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik dengan mengikuti X @PLUSTrafik, Aplikasi PLUS, Chatbot PUTRI, papan tanda elektronik di lebuh raya dan menerusi saluran stesen radio utama negara.

 

plus

 

PLUS turut menasihatkan orang ramai supaya menggunakan Aplikasi PLUS, Aplikasi Waze atau Google Maps untuk merancang perjalanan dan mendapatkan pelan perjalanan pada musim perayaan ini.

Berita Berkenaan

Informasi
Katanya, laluan Smart Lane boleh dikenal pasti melalui paparan Lampu Hijau Berkelip (Green Flashing…
Berita Domestik
Beliau turut menjangkakan lebih 70,000 kenderaan akan menggunakan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2)…
Berita Domestik
"Pihak konsesi ada hak melaksanakan MLFF mereka sendiri walaupun tertakluk kepada arahan dan hala…