Tanda niaga "City Hatchback" di MyIPO - Jazz 2020 tiada peluang masuk Malaysia?

oleh Mohamad Hanif|
Ini berkemungkinan besar satu berita yang bakal mengejutkan para peminat Jazz seantero Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebelum ini kami pernah mendengar khabar angin dari negara jiran yang mendakwa Honda Jazz 2020 tidak akan dibawa masuk secara rasmi ke pasaran Asia Tenggara termasuk Malaysia. 

Dan model pengganti tersebut sebenarnya merupakan sebuah Honda City hatchback atau lebih dikenali dengan nama Honda Gienia yang diproduksikan khusus buat pasaran China. 

 

kredit: Funtasticko.net


Namun, khabar angin perihal pengganti Honda Jazz ini telah diperkuat dengan penemuan pendaftaran paten menerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) seperti yang dilaporkan oleh rakan media Funtasticko.net. 

Menerusi penemuan tersebut, Honda Motors Co. Ltd telah mendaftarkan nama "City Hatchback" di bawah klasifikasi kategori barangan dan perkhidmatan - kenderaan. 

Manakala koresponden yang didaftarkan juga merupakan individu yang memiliki alamat Malaysia mengesahkan lagi kewujudan model tersebut untuk pasaran tempatan. 


 


Honda Gienia untuk pasaran China didatangkan dengan kemasan hadapan dan belakang yang unik - umpama kacukan HR-V dan Civic dalam badan City. 

Versi hatchback ini dijual sekali bersama-sama kembar sedannya, Honda Greiz dan membawakan satu pilihan enjin 1.5 liter L15B yang dipadankan dengan transmisi manual atau CVT.

Berdasarkan desas-desus yang diperoleh daripada negara jiran, pasaran seperti Asia Tenggara, China dan India akan menerima model City Hatchback manakala Honda Jazz 2020 yang lebih premium itu akan disasarkan kepada pasaran Jepun, Eropah dan juga Amerika. 

Sama-sama kita nantikan adakah City hatchback ini benar-benar pengganti kepada Jazz 2020 yang akan dipertontonkan buat kali pertama di Tokyo Motor Show tahun ini. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Namun begitu kami yakin ia mampu dicapai berdasarkan rekod jualan yang baik bagi tahun lalu yang…
Berita Domestik
Pencapaian tersebut menjadikan Honda Malaysia kekal kedudukan nombor satu dalam negara untuk…
Berita Domestik
Sebagai varian yang paling tinggi dalam penawaran SUV CR-V generasi baharu, CR-V e:HEV RS…