Tanda dagang 'Integra Type S' didaftarkan, tapi bukan untuk Integra!

oleh Mohamad Hanif|
Kelahiran semula nama ikonik Integra (malangnya menerusi jenama Acura) cukup untuk membuatkan para peminat automotif tidak senang duduk, apatah lagi jenama itu baharu sahaja menamatkan hayat NSX yang tidak laku itu.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Laporan terbaharu daripada CarBuzz menemukan pendaftaran hak serta tanda dagang "Integra Type S" oleh syarikat induk Acura, Honda di Pejabat Pendaftaran Paten dan Tanda Dagang Amerika Syarikat.

Apa yang menarik perhatian adalah "Integra Type S" bukanlah dikategorikan di bawah kenderaan, sebaliknya ia dikategorikan untuk "Pakaian dan Penutup Kepala" seperti topi, t-shirt, baju polo, jaket dan juga vest.
 

Acura


Tindakan ini mungkin dilihat sebagai salah satu cara Acura untuk menjana lebihan pendapatan menerusi jenama pakaian yang bakal dilancarkan serentak dengan pengenalan rasmi model sports Integra Type S yang dijadualkan berlangsung pada tahun hadapan.

Menurut Jon Ikeda dalam satu temubual bersama MotorTrend tempoh hari, beliau mengakui ramai orang mahukan sebuah Integra Type S, dan berdasarkan perkembangan semasa, Acura dilihat cuba untuk mendengar permintaan peminatnya.

Sehingga kini, butiran berkenaan Acura Integra masih lagi samar-samar, sama ada bakal dihasilkan dalam versi dua pintu atau empat pintu, sementara laporan lain menyebut ia bakal menggunakan platform daripada Honda Civic generasi terkini dan dibangunkan sepenuhnya di Jepun.

Sumber: CarBuzz

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Selain model-model tersebut, pelanggan boleh menikmati kemewahan dan prestasi melalui Acura.…
Berita Global
Selain daripada menyertai perlumbaan endurans, pasukan HART juga turut aktif di dalam perlumbaan…
Berita Global
Namun, ia berkongsi nadi 2.0 liter turbo yang sama, di mana ia mampu menjana kuasa setinggi 320 hp…