Tanda dagang baharu VW GTI beri bayangan kehadiran model prestasi EV

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Lencana GTI sememangnya sinonim dengan model hot hatch ikonik Volkswagen Golf, namun terdapat juga beberapa model selain Golf yang menerima naik taraf prestasi bersama lencana tersebut.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Antara salah satu model ikonik yang turut menerima manfaat dari naik taraf lencana GTI atau Grand Touring Injection ialah Polo GTI yang lebih besar berbanding Polo biasa, hingga kini Polo GTI masih tersedia di beberapa pasaran di mana ia turut diancam kepupusan.

Mengimbas kepada sejarah beberapa tahun lepas juga, antara model lain yang turut menerima lencana tersebut ialah Lupo GTI, Scirocco GTI dan Passat GTI yang pernah dihasilkan sekali sahaja.

Seperti kebanyakan jenama lain di seluruh dunia, Volkswagen turut bergerak ke arah masa depan elektrik yang kini dilihat berkembang pesat dengan pengenalan pelbagai jenis model dari pelbagai jenama.

 

2

 

Pastinya seperti kebanyakan jenama lain juga, model ikonik antara yang bakal dikorbankan untuk kelahiran semula sebagai sebuah EV.

Pada 25 Julai lepas, VW telah mengambil langkah undang-undang yang diperlukan untuk mendapatkan hak kepada reka bentuk baharu.

Pemfailan tanda dagangan dengan DPMA (Deutsche Patent- und Markenamt / German Patent and Trademark Office) menunjukkan logo GTI yang dikemas kini.

Walaupun "G" dan "T" kelihatan sama, namun "I" telah digantikan dengan logo panahan kilat. Ia sekaligus memberikan bayangan kepada model prestasi EV VW pada masa akan datang.

 

3

 

Walaupun dengan tanda dagang baharu, namun kehadiran Golf GTI versi elektrik pastinya bukan dalam masa terdekat, kerana Volkswagen dijangka akan memberikan kemas kini kepada Golf generasi kelapan pada pertengahan kitaran pada 2024.

Satu lagi perkara yang menyedihkan di mana GTI versi transmisi manual enam kelajuan juga akan digugurkan kerana peraturan pelepasan yang lebih ketat.

Walaubagaimanapun, lencana GTI versi EV itu juga mungkin akan hadir dengan model selain Golf yang berasaskan model EV ID.2all, di mana ia bakal menjadi model pengeluaran pada tahun 2025.

Tidak seperti ID.3 dengan susun atur pacuan roda belakang, hatchback yang lebih kecil itu akan mempunyai motor yang dipasang di hadapan, menjadikannya model lebih sesuai untuk lencana baharu itu.

Baru-baru ini juga, Ahli Lembaga Pengarah Pembangunan Teknikal VW, Kai Grünitz ada menyatakan bahawa model ID.2all yang lebih sporty untuk versi produksi sedang dibangunkan.

 

Sumber: German Patent and Trademark Office melalui motor1

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  VW juga sedang membangunkan model kompak ID.2 pada harga mampu milik. Satu lagi strategi VW…
Berita Global
  Ciri-ciri gayaan tidak sama namun kesemuanya berkongsi warna hitam pada bumbung, rel bumbung,…
Berita Global
Ketahanan yang lemah pada unit kawalan elektronik hidraulik (HECU) menyebabkan 37,169 unit bagi dua…