"Tanah tergadai, duit tak dapat" - Pemilik tanah asal Mandalika luah rasa tidak puas hati

oleh Mohamad Hanif|
Gelagat tiga penduduk tempatan yang mengenakan kain sarung sambil menyaksikan sesi ujian rasmi MotoGP di Litar Mandalika menjadi tular dalam media sosial.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Gambar tersebut dirakam jurugambar profesional yang dimuat naik dalam akaun Instagram Repsol Honda Team.

Tiga individu tersebut yang dikenali sebagai Sibawaeh, 53, Medan, 47 dan Amaq Manim, 57, merupakan pemilik sebahagian tanah yang dijadikan litar lumba tersebut.

Lebih menyedihkan, urusan penjualan dan pembayaran tanah masih belum diselesaikan oleh Perbadanan Pembangunan Pelancongan Indonesia (ITDC).

Sibawaeh memaklumkan tanahnya seluas 3.5 hektar diambil oleh ITDC untuk membangunkan sebahagian kawasan litar dan dia dijanjikan dengan bayaran yang lumayan, namun hingga kini hanya janji tinggal janji.

“Bunyi deruan motor ini buat hati saya sakit. Sedih mengenangkan nasib kami, tanah tergadai, duit tak dapat.

“Kami tidak sedar gambar kami dirakam ketika menyaksikan sesi ujian itu dan dalam hati kami terdetik bilakah masalah (jual tanah) ini akan selesai,” katanya kepada Kompas.com.

Sementara itu, Gabenor Nusa Tenggara Timur sebelum ini sudah membentuk pasukan tindakan bagi menyelesaikan masalah yang tercetus, namun sehingga kini tiada apa yang berubah.

Jurucakap pasukan tindakan itu, Zainal Asikin memaklumkan, terdapat 10 kes berkaitan masalah tanah perlu diuruskan dan ketika ini hanya dua yang berjaya diselesaikan.

Katanya, menyelesaikan kes penjualan serta pembayaran tanah mengambil masa yang lama.

Sumber: Utusan

Berita Berkenaan

Informasi
Malah, pusingan perlumbaan MotoGP di Litar Mandalika akan berlangsung buat kali pertama di lokasi…
Berita Global
Menurutnya, keadaan Litar Mandalika tidak sesuai untuk tunggangan jentera lumbanya dan kesal dengan…