Tanah runtuh: Laluan Mantin-Seremban ditutup sementara

oleh Penyumbang Rencana|
Kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang di Jalan Mantin Batu 8 mengakibatkan laluan Mantin-Seremban bagi kedua-dua arah terpaksa ditutup sementara bagi kerja pembersihan serta pemotongan batang pokok besar.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mantin, Priscilla Carol Thomas, berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira 1.06 pagi tadi dan lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

"Tiada mangsa dilaporkan terbabit dan hanya menyebabkan laluan utama terputus iaitu bagi kedua-dua arah Mantin-Seremban yang melalui Bukit Mantin terhalang," katanya kepada Bernama.

 

Katanya, anggota turut membuat pemantauan sekiranya terdapat pergerakan tanah yang boleh mengakibatkan kejadian tanah runtuh berulang.

 

Beliau berkata pihak berkuasa tempatan juga ke lokasi kejadian bagi membantu pembersihan tanah dan batu yang runtuh di lokasi kejadian, manakala penduduk setempat dinasihatkan berjaga-jaga di kawasan tersebut.

 

 

 

– BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia adalah berikutan berlakunya hakisan tanah serta kegagalan cerun di kawasan tersebut yang…
Informasi
    "Selain itu, DBKL menerusi Unit Cerunnya sedang giat memantau lokasi berisiko tinggi…
Informasi
  Menurutnya ia akan melibatkan penilaian kos bagi membaik pulih tanah di tebing Sungai Enggor…