Tanah runtuh: JKR tutup laluan B66 Batang Kali-Genting, pengguna dinasihat cari jalan alternatif

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: Kosmo
Jabatan Kerja Raya Hulu Selangor dalam satu hantaran di laman Facebook mengumumkan penutupan jalan laluan B66 (Batang Kali-Genting).

Penutupan jalan tersebut adalah disebabkan oleh kejadian tanah runtuh di seksyen 14, Laluan B66 di tepi jalan raya yang membahayakan pengguna jalan raya.

Orang awam yang ingin ke Genting Highland dinasihatkan untuk menggunakan jalan alternatif B113 (Jalan Batang Kali-Ulu Yam) sehingga B23 (Jalan Ulu Yam-Batu Caves), atau menggunakan laluan utama FT001 (Jalan Kuala Lumpur-Ipoh).

 

Berita Berkenaan

Informasi
    "Selain itu, DBKL menerusi Unit Cerunnya sedang giat memantau lokasi berisiko tinggi…
Informasi
  Menurutnya ia akan melibatkan penilaian kos bagi membaik pulih tanah di tebing Sungai Enggor…
Informasi
  Kenyataan itu juga memberitahu kejadian itu berlaku di kawasan KM167.9, Hutan Simpan Taviu,…