Tanah Runtuh :Jalan Simpang Pulai - Blue Valley akan dilencongkan

oleh Hamimah Hamid|
SUSULAN kejadian jalan runtuh di Kilometer 43.9 Jalan Simpang Pulai-Blue Valley menghala ke Cameron Highlands petang semalam.

Laluan sementara di FT 185 Seksyen 43.9 menghala ke Cameron Highlands akan dilencongkan di tepi laluan sepanjang 30 meter runtuhan dan hanya akan dibuka kepada kenderaan ringan selepas siasatan lanjut selesai.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak, Zulkipli Nasri Berkata, dalam tempoh tersebut semua pengguna jalan raya ke Cameron Highlands diminta menggunakan laluan alternatif Jalan Tapah ke Cameron Highlands untuk jalan perhubungan sementara.

“Saya lihat tepi ini ada jalan sementara semasa kerja-kerja pembaikan cerun dahulu. Jadi kita akan gunakan jalan ini dan buat penambahbaikan untuk buka kepada kenderaan ringan. Kita cuba beri khidmat kepada pengguna jalan raya khususnya aktiviti ekonomi dan pelancongan yang baharu dibuka, sekurang-kurangnya kenderaan ringan dibenarkan untuk guna jalan ini," katanya.

Mengulas mengenai laluan berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Jalan Raya Simpang Pulai itu jelas Zulkipli, rekahan membabitkan laluan sepanjang 30 meter.

Katanya, ketinggian cerun di kawasan terbabit adalah setinggi 200 meter dan runtuhan tanah berlaku hampir 70 meter.

dari kiri mb perak, exco dan pengarah jkr

Ujar beliau, runtuhan laluan di kawasan cerun terbabit berkemungkinan disebabkan hujan berterusan yang menyebabkan struktur tanah menjadi lemah serta tidak kukuh.

Zulkipli berkata, setakat ini kerajaan telah memperuntukkan RM130 juta untuk melakukan penjajaran semula laluan sepanjang 600 meter di lokasi tersebut.

Bagaimanapun katanya, runtuhan jalan berlaku lebih awal akibat hujan berterusan sebelum jajaran semula itu dilaksanakan pada Disember ini.

Beliau berkata demikian selepas meninjau lokasi kejadian bersama Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad hari ini.

Sembilan malam tadi, laluan di Seksyen 43.9 ditutup sepenuhnya kepada semua aliran trafik jalan raya ekoran kejadian tanah runtuh dilaporkan.

Kejadian membabitkan laluan sepanjang 30 meter dengan lebar lima meter itu dikesan kira-kira jam 5.45 petang.