Tanah runtuh: Jalan lencongan Felda Kepis-Senaling akan dibina hari ini

oleh Penyumbang Rencana|
Penduduk di Felda Kepis serta berdekatan boleh menggunakan kemudahan jalan raya melalui jalan lencongan sementara menggunakan turapan batu kerikil di laluan yang terjejas akibat tanah runtuh di Jalan Felda Kepis, di sini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan laporan Kosmo, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menerusi satu kiriman di Facebook berkata, kerja-kerja pembinaan jalan lencongan sementara itu akan bermula esok (19 Disember).

Malah menurut beliau, kerja-kerja mengukur dan penyiasatan tapak akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Manakala kerja-kerja rekabentuk serta arahan kerja kepada kontraktor akan dikeluarkan selewat-lewatnya akhir bulan ini.

“Pembinaan dijangka bermula pada awal Januari 2023 dan dijangka siap pada Jun 2023,” katanya hari ini.

Beliau berkongsikan hantaran berkenaan susulan sebuah video tular memaparkan kejadian tanah runtuh di sebuah daerah di Negeri Sembilan.

 


“Saya telah mendapatkan maklumat terperinci dari pegawai Kementerian Kerja Raya Malaysia dan JKR yang terlibat dan penjelasan mengenai insiden itu telah saya terangkan semalam.

“Tetapi kejadian tanah runtuh yang berlaku amat meresahkan dan saya turun sendiri ke Kuala Pilah pagi tadi untuk melihat beberapa kawasan lain yang terjejas teruk.

“Hasil tinjauan dan pemeriksaan visual yang dijalankan oleh agensi Kementerian Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya (JKR) mendapati kawasan runtuhan lain turut melibatkan Laluan FT 1275 Seksyen 2.7 Jalan Felda Kepis sepanjang 30 meter dengan kedalaman runtuhan dianggarkan 10 meter,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyatakan kawalan lalu lintas juga dilaksanakan dengan meletakkan papan tanda.

“Laluan ditutup sepenuhnya di simpang Jalan Negeri dari Juasseh Senaling dan simpang ke Perkampungan Felda Kepis,” katanya.

Sumber: KOSMO! ONLINE

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, berkata…
Berita Domestik
Ia adalah berikutan berlakunya hakisan tanah serta kegagalan cerun di kawasan tersebut yang…
Informasi
    "Selain itu, DBKL menerusi Unit Cerunnya sedang giat memantau lokasi berisiko tinggi…