Tanah runtuh di Jalan Tapah-Cameron Highlands (Batu 25 dan 26) - laluan kedua-dua hala ditutup

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Kejadian tanah runtuh mengakibatkan laluan di Batu 25 dan Batu 26 Jalan Tapah-Cameron Highlands di sini pada Isnin terhalang.


Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, laporan kejadian itu diterima pada jam 4.25 petang mengakibatkan laluan kedua-dua hala terpaksa ditutup kepada kenderaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Maklumat diterima daripada orang awam berlaku kejadian tanah runtuh. Tiang elektrik juga telah tumbang dan menyebabkan laluan kedua-dua arah terhalang.


"Pasukan Unit Kereta Peronda (MPV) telah ke lokasi kejadian namun, sehingga kini maklumat lanjut belum diperoleh berikutan kesukaran alat perhubungan," katanya.

 

Menurutnya, kejadian itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kehilangan atau kerosakan harta benda.

 

"Maklumat kejadian itu juga telah dimaklumkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands untuk tindakan lanjut.

 

"Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR), Syarikat Belati Wangsa dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah dimaklumkan mengenai kejadian itu untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan runtuhan,” jelasnya.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, berkata…
Berita Domestik
Ia adalah berikutan berlakunya hakisan tanah serta kegagalan cerun di kawasan tersebut yang…
Informasi
    "Selain itu, DBKL menerusi Unit Cerunnya sedang giat memantau lokasi berisiko tinggi…