Tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, dua kenderaan dipercayai tertimbus

oleh SALINA JALIL|
gambar ihsan JBPM
Dua kenderaan dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Seksyen 27 hingga Seksyen 30, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini hari ini.

Difahamkan kenderaan yang tertimbus ialah sebuah lori kecil dan sebuah kereta.

Tanah runtuh itu menyebabkan laluan di kedua-dua arah ditutup kepada semua aliran kenderaan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 1.44 petang.

 

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai dihantar ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat.

 

“Setibanya jentera di lokasi, didapati tanah runtuh menghalang laluan utama ke Cameron Highlands.

 

“Berdasarkan maklumat awal, sebuah kenderaan terperangkap di mana terdapat mangsa di dalamnya. Operasi menyelamat kini sedang dijalankan,” katanya.

 

 

Utusan

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, berkata…
Berita Domestik
Ia adalah berikutan berlakunya hakisan tanah serta kegagalan cerun di kawasan tersebut yang…
Informasi
    "Selain itu, DBKL menerusi Unit Cerunnya sedang giat memantau lokasi berisiko tinggi…