Tanah mendap di Kuantan, laluan ditutup

oleh Penyumbang Rencana|
gambar ihsan JBPM
Laluan di Lorong Taman Bukit Setongkol Perdana 45/, Kuantan, Pahang ditutup kepada orang awam berikutan tanah mendap yang berlaku pada pagi Jumaat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.42 pagi.

"Berdasarkan siasatan awal mendapati jambatan di lorong berkenaan runtuh akibat paip air pecah sehingga menyebabkan tanah mendap.

Seramai enam anggota Bomba dari Balai Bomba Indera Mahkota bergegas ke lokasi kejadian, dan segara melakukan pemantauan sebelum pihak Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) mengambil alih.

Zulfadli memberitahu, kejadian itu tidak melibatkan mangsa dan harta benda. Pemantauan akan dilakukan bagi memastikan orang awam menjauhi dan tidak menggunakan kawasan yang berisiko tinggi bagi mengelakkan berlakunya kejadian tidak diingini.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Katanya, 10 anggota bersama tiga jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong…
Informasi
“Jalan tidak boleh dilalui oleh sebarang kenderaan dan ditutup kepada semua pengguna jalan. Kerja-…
Informasi
"Hari ini (Rabu), saya telah meninjau setakat mana kerja-kerja yang telah dibuat bagi memastikan…