Tambang feri ke Langkawi naik mulai Jumaat, 5 Ogos 2022

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Tambang feri ke pulau pelancongan ini akan naik sehingga RM3.5 mulai esok ekoran kenaikan pelbagai kos operasi.


Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd., Kapten Baharin Baharom berkata, walau bagaimanapun penduduk Langkawi, warga emas dan golongan orang kurang upaya (OKU) masih kekal menikmati tambang feri yang sama.


Mengikut kadar baharu, harga tiket feri bagi laluan Kuala Perlis-Langkawi kini sebanyak RM21 bagi dewasa dan RM16 bagi kanak-kanak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Bagi laluan Kuala Kedah-Langkawi pula tiket bagi dewasa RM26.50 dan RM20.50 bagi tambang kanak-kanak.

 

“Kali terakhir kenaikan tambang feri Langkawi adalah pada 15 Disember 2007 atau 15 tahun lalu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini, Khamis.

 

Menurut Baharin, harga diesel industri adalah sebanyak 83 sen setiap liter pada 2007 telah melonjak kepada RM4.17 setiap liter.

 

Jelasnya lagi, kos operasi juga meningkat apabila kadar upah kapten feri telah meningkat daripada RM2,400 pada tahun 2000 dan kini kadar upah yang diwartakan kerajaan itu telah meningkat kepada RM6,000 pada tahun ini.

 

Pihak konsortium juga mengenakan harga berbeza bagi warganegara asing, yang sebelum ini membayar tambang yang sama dengan penduduk tempatan.

 

Tambang warga asing bagi laluan Kuala Perlis adalah sebanyak RM27 bagi dewasa dan RM19.50 bagi kanak-kanak, dan untuk laluan Kuala Kedah RM34.50 bagi dewasa dan RM25.50 bagi kanak-kanak.

 

 

– Utusan

 

 

Berita Berkenaan

Informasi
Berhubung isu pelancong dari luar negara yang tidak dapat menggunakan perkhidmatan bas Rapid KL…
Informasi
"Pelarasan semula kadar tambang ini akan memanfaatkan kira-kira 40,000 rakyat Malaysia yang…
Berita Domestik
  “Pemboleh ubah seperti kesesakan trafik, cuaca, jarak, masa, jumlah permintaan dan jumlah…