Tambang aplikasi seru-pandu dijangka lebih tinggi pasca 12 Julai

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kenaikan tambang yang mendadak dan masa menunggu yang lama adalah antara masalah yang bakal dihadapi oleh para pengguna aplikasi seru-pandu menjelang 12 Julai ini. 

Perlu diingatkan, tarikh tersebut merupakan tarikh akhir permohonan lesen PSV yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan kepada lebih daripada 167 ribu pemandu aplikasi e-hailing di seluruh negara. 

Menurut presiden Persatuan Pemandu E-Hailing Malaysia (MeHDA), Daryl Chong, mereka menjangkakan kadar kenaikan tambang sehingga 50% bergantung kepada permintaan dan kadar ketersediaan pemandu. 

"Para penumpang harus menunggu dengan lebih lama, disebabkan kekurangan pemandu sambilan, selain ramai lagi pemandu yang masih belum memohon lesen PSV.

Berdasarkan data daripada APAD, daripada 167 ribu pemandu aplikasi seru-pandu di Malaysia, hanya 16,338 pemandu sahaja yang tampil memohon untuk mendapatkan lesen PSV. 

Dan daripada angka tersebut, kira-kira 62 peratus (10,151 orang) sudah disahkan layak mendapatkan lesen PSV menjelang tarikh akhir permohonan yang ditetapkan. 
 


Presiden Persatuan Pemandu Grab Malaysia, Arif Asyraf Ali menyifatkan situasi yang bakal melanda industri seru-pandu di Malaysia menjelang 12 Julai ini sebagai "Carmageddon".

Walaubagaimanapun, beliau tidak mahu memberikan komen berkenaan kemungkinan tambang akan naik, ini kerana Grab menggunakan sistem harga dinamik yang dikira berdasarkan permintaan dan bekalan. 

Menurut pengasas MyCar, Mohd Noah Maideen berkata, mereka kini bekerja keras bagi memastikan tiada masalah yang bakal mengganggu operasi menjelang tarikh 12 Julai ini. 

MyCar selaku penyedia perkhidmatan seru-pandu kedua terbesar selepas Grab kini mempunyai 70,000 orang pemandu, dan menjangkakan separuh daripada angka tersebut akan terus berkhidmat. 

Tambah beliau lagi, apa yang penting ketika ini adalah kadar keterdapatan para pemandu pada satu-satu masa. 

"Selalunya, terdapat kira-kira 5,000 orang pemandu yang tersedia dan (selepas tarikh tersebut) masih terdapat paling kurang 3,000 orang pemandu, itu sudah lebih daripada cukup buat kami bagi menjalankan operasi.

Sumber: The Star

Berita Berkenaan

Informasi
Berhubung isu pelancong dari luar negara yang tidak dapat menggunakan perkhidmatan bas Rapid KL…
Informasi
"Pelarasan semula kadar tambang ini akan memanfaatkan kira-kira 40,000 rakyat Malaysia yang…
Berita Domestik
  “Pemboleh ubah seperti kesesakan trafik, cuaca, jarak, masa, jumlah permintaan dan jumlah…