Tambahan masa 12 bulan untuk MAM kekal sebagai badan rasmi sukan permotoran 4-roda negara

oleh HEZERI SAMSURI|
International Automobile Federation atau FIA telah memberikan tambahan masa selama 12 bulan untuk Persatuan Motorsport Malaysia (MAM) dikekalkan sebagai badan rasmi untuk sukan permotoran 4-roda negara.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Perhimpunan Agung FIA di Paris semalam bersetuju untuk meluluskan penambahan masa bagi MAM yang telah mengambil alih fungsi Persatuan Automobil Malaysia (AAM).

Ini membolehkan MAM untuk terus menjadi badan induk yang membenarkan acara-acara sukan permotoran nasional dan antarabangsa di Malaysia. Ia juga diberi kebenaran untuk mengeluarkan lesen-lesen bagi sukan permotoran 4-roda dan mempromosikan amalan-amalan keselamatan di dalam bidang tersebut.

AAM akan terus menjadi anggota gabungan FIA dan mempromosikan mobiliti.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi Ketua Perhubungan MAM, Nor Lina Ayob di [email protected]

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia akan mengembalikan memori ketika pelumba rali Malaysia, Karamjit Singh yang mencipta sejarah…
Sukan Bermotor
Selain itu, UWM Toyota juga giat dalam menyumbang kepada pembangunan bakat muda di dalam sukan…
Sukan Bermotor
Perlumbaan itu akan berlangsung di Litar Speedway Karting USJ Subang Jaya yang menggunakan format…