Tambahan 42 penerbangan mingguan ke Sarawak habis terjual - AirAsia

oleh HEZERI SAMSURI|
Kebenaran oleh Kementerian Pengangkutan untuk menambah jumlah penerbangan dari Semenanjung Malaysia dan Sabah ke Sarawak dari 4 Disember hingga 5 Januari nyata disambut baik oleh pengguna.

Syarikat penerbangan kos rendah, AirAsia berkata, tambahan 42 penerbangan mingguan itu menyebabkan mereka mampu menurunkan harga tambang dari RM1,000 ke bawah paras RM200 (sehala) dari Kuala Lumpur ke Kuching dan tiket-tiket tersebut terus habis terjual.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut AirAsia lagi, sebagai syarikat penerbangan kos rendah, mereka sentiasa mencari solusi untuk menawarkan harga tambang yang terbaik tetapi ia juga bergantung kepada kekerapan penerbangan dan jumlah penumpang.

Menurut Riad Asmat, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia (gambar di bawah), selama ini harga purata tambang dari KL ke Kuching ialah sekitar RM160 sehala.

"Harga tambang kami sebenarnya menggunakan model yang sama digunakan oleh syarikat-syarikat penerbangan lain di seluruh dunia. Ia memang bergantung kepada mekanisma harga dinamik di mana harga akan bergantung kepada bekalan dan permintaan. 

"Apabila frekuensi penerbangan dikawal dan menjadi rendah, ia menjadi faktor utama kenapa harga tambang semua syarikat penerbangan meningkat," sambungnya.

Sebelum Covid, AirAsia melakukan lebih dari 300 penerbangan ke Sarawak. 

Kawalan penerbangan yang dilakukan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (SDMC) sekarang menyebabkan frekuensi penerbangan turun sebanyak 67 peratus.

AirAsia sedang merayu kepada Kementerian Pengangkutan Sarawak dan SDMC untuk memberikan jumlah penerbangan yang lebih tinggi untuk sambutan Tahun Baru Cina tahun hadapan agar ia mampu memberikan harga tambang yang lebih menarik.

*Berita lengkap di Bernama

Berita Berkenaan

Informasi
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata inisiatif daripada syarikat tambang rendah itu…
Berita Domestik
Baru-baru ini tular di laman media sosial harga bagasi tambahan dilihat ada perbezaan mengikut…
Berita Domestik
Manakala, dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sandakan atau Tawau, serta Johor Bahru ke Kota…