Tambah baki kad Touch 'n Go secara automatik

oleh HEZERI SAMSURI|
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Masalah utama dengan kad Touch 'n Go (TnG) ialah anda perlu menambah bakinya secara manual.

Ini bermakna anda perlu mencari kaunter tambah nilai atau pergi ke stesen minyak, kedai runcit atau mesin ATM. 

Sangat kuno bukan?

Nampaknya rungutan itu akhirnya didengari dan TnG kini membenarkan tiga kad fizikal TnG untuk "dihubungkan" kepada aplikasi E-Wallet mereka dan apabila anda menggunakan mana-mana kad tersebut, nilai caj akan ditolak dari E-Wallet tersebut.

Jika baki di dalam E-Wallet anda tidak mencukupi, barulah ia akan tolak dari nilai yang ada di dalam kad TnG tersebut.

Sayangnya fungsi ini masih di dalam ujian dan hanya boleh digunakan di tol untuk lebuhraya Duke sahaja.

Untuk E-Wallet pula, TnG baharu mengumumkan anda sudah boleh melakukan fungsi Auto-Reload untuk aplikasi itu.

Ini bermakna sekarang ini, anda tidak perlu langsung melakukan apa-apa untuk fungsi TnG - kecuali memastikan kad kredit anda aktif dan boleh digunakan.



* Baca bagaimana anda boleh auto reload E-Wallet anda di pautan ini
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam satu hantaran di Facebook, Lembaga Lebuhraya Malaysia menjelaskan ia merupakan inisiatif awal…
Berita Domestik
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fok dalam satu kenyataan telah mengarahkan semua agensi…
Berita Domestik
Kejadian itu berpunca daripada aktiviti vandalisme terhadap ‘fibre optic cable’ di infrastruktur…