Talaan semula ECU Hondata bolehkan Civic 2021 hambur 196 hp/289 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
Penala Honda terkenal, Hondata kini hadir dengan penyelesaian terbaharu bagi membolehkan para pemilik Honda Civic generasi ke-11 menikmati kuasa yang 'dikunci' dari barisan pengeluaran.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan hanya melakukan talaan semula (reflash) terhadap unit ECU, Hondata mendakwa mereka berjaya mengekstrak kuasa setinggi 196 hp dan 289 Nm, atau peningkatan sebanyak 34 hp dan 68 Nm daripada enjin asal 1.5 liter turbo L15B7 itu.

 

Hondata


Berdasarkan ujian dyno yang dijalan sebelum ini dengan menggunakan bahan api oktana tinggi, Honda Civic itu berjaya mencatatkan angka kuasa kuda setinggi 162 hp dan 221 Nm.

Menurut Hondata, data yang diperoleh pada ketika ini akan digunakan untuk pemprograman semula FlashPro, sebuah produk plug-and-play yang boleh disambungkan kepada slot diagnostik OBD-II kereta dan ia bakal ditawarkan kelak kepada pihak yang berminat.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun menurut penala terkenal Honda, Hondata yang kini sedang membangunkan kit prestasi untuk Civic…
Berita Global
Namun, wujud di kalangan kita mereka yang tetap tidak berpuas hati dengan kuasa kuda standard…