Takuya Kimura - duta baharu Nissan!

oleh Mohamad Hanif|
Penggunaan bintang popular di dalam sesebuah iklan komersial syarikat automotif bukanlah satu perkara yang baharu, memandangkan ia sebenarnya merupakan salah satu daripada daya penarik yang tersendiri.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Apatah lagi jika insan yang 'dipilih' itu sebenarnya mampu memberikan impak yang besar kepada sesebuah jenama.

Baru-baru ini, Nissan telah menerbitkan sebuah iklan komersial ringkas berdurasi 1 minit dengan mempertaruhkan susuk tubuh insan yang digelar sebagai Brad Pitt Jepun, atau nama sebenarnya Takuya Kimura.

 


Iklan Nissan kali ini memaparkan beberapa babak pemanduan yang menampilkan beberapa kereta lagenda Nissan, dimulakan dengan Nissan Skyline Hakosuka, Nissan Safari, Nissan Fairlady Z G-Nose, dan Nissan Skyline GT-R R32 yang dipandu laju menerusi sebatang terowong sebelum diakhiri dengan penampilan SUV Nissan Ariya.

Setiap babak yang dihasilkan sememangnya cukup cantik, di mana Nissan turut menyelitkan beberapa mesej di dalam bahasa Jepun (dan diterjemahkan oleh Japanese Nostalgic Car:

There has never been a smooth road. We’ve stumbled many times and almost fell. But still, we never gave up. And, more than anyone, we have loved cars.

Adversity. Bring it on.

If the dawn won’t come while we wait, then we will go towards it.

Let’s go, once again. Do it, Nissan!

 


Ini merupakan percubaan terbaharu Nissan untuk bangkit semula daripada kejatuhan yang dialami, memandangkan sebelum ini Nissan dilihat seakan lumpuh dipalit dengan beberapa skandal besar.

Apatah lagi kes penahanan bekas CEO-nya, Carlos Ghosn sedikit sebanyak memberikan kesan besar terhadap imej syarikat, dan keadaan bertambah buruk dengan penularan wabak pandemik COVID-19 menjadikan Nissan kerugian besar dengan jumlah melebihi $6 billion.

 


Takuya Kimura atau lebih mesra digelar sebagai Kimutaku di kalangan peminatnya merupakan satu nama yang cukup besar di dalam industri hiburan di Jepun, memandangkan beliau pernah membintangi beberapa buah filem dan drama terkenal seperti Blade of the Immortal, Space Battleship Yamato, Engine, dan terbaharu drama BG Personal Bodyguard.

Sebelum ini, Takuya Kimura pernah menjadi 'jurucakap' bagi pihak Toyota, di mana beliau pernah muncul dalam beberapa iklan komersial seperti Toyota RAV4, serta iklan yang paling diingati - wagon Corolla Fielder yang dikejar oleh sekumpulan Toyota 2000GT.

Kemunculan Takuya Kimura dalam iklan Nissan memberikan mesej (dan amaran buat pengeluar automotif yang lain), Nissan akan bangkit semula dari kegagalan masa lalu!

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam iklan berdurasi 30 saat itu, Lexus telah menggunakan menara gelas champagne untuk…