Takut pencuri pintas fob kunci kereta? Ini cara Ford atasinya

oleh Muhammad Md Tajudin|
Kereta sekarang memang canggih, tanpa kunci di tangan atau dipanggil keyless entry anda boleh membuka pintu dan menghidupkan enjin kereta.

Teknologi isyarat radio tersebut bagaimanapun terdedah kepada risiko kecurian apabila ia boleh dipintas menggunakan alat tertentu.

Jadi bagaimana? Apa yang perlu anda buat? Ford di United Kingdom mempunyai penyelesaiannya.

Apa yang Ford UK buat ialah menyahaktifkan fob sistem masuk tanpa kunci kenderaan.

Sehingga kini fungsi tersebut dilengkapi sebagai ciri standard untuk Ford Puma, Kuga dan Mustang Mach-E yang bakal tiba nanti.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
FordsecurityspecialistSimonHurr

 

Bagaimana Ford buat?

Pertama sekali, fob sistem masuk tanpa kunci pelbagai jenama kereta sememangnya menjadi sasaran pencuri.

Melalui peranti khas, pencuri boleh memintas fob kunci kereta di dalam rumah bagi membuka pintu dan menghidupkan enjin.

Menjadikannya bermasalah apabila peranti tersebut ada dijual di pasaran.

Apa yang Ford buat ialah memasang sensor pergerakan di dalam fob kunci dan apabila ditinggalkan atau tidak bergerak lebih daripada 40 saat mod tidur (sleep mode) akan diaktifkan.

 

Jammer

 

Di dalam mod tersebut, fob kunci tidak akan memberi respon terhadap isyarat peranti bagi mencegah kecurian.

Hanya dengan menggerakkan fob kunci atau membawanya berhampiran kereta barulah fungsi asal dikembalikan. 

Fob kunci Ford direka untuk digunakan pada radius dua meter.

Memandangkan tidak semua model dilengkapi dengan fungsi ini, Ford menawarkan kepada pemilik model sedia ada untuk menaik taraf dengan fob yang mempunyai mod tidur.

Harganya pula di antara £74 (RM418) dan £94 (RM531) untuk Fiesta (2017 dan ke atas) dan Focus (2018 dan ke atas) dengan tempoh pemasangan 54 minit untuk pengaturcaraan dan pengujian.

 

FordsecurityspecialistSimonHurr

 

Berkesan ke tidak sistem ini?

Teknologi fob kunci dengan mod tidur ini sebenarnya digunakan oleh Ford pada Fiesta dan Focus sejak tahun 2019 lagi.

Fiesta generasi baharu dan sebelumnya merupakan model terlaris Britain sejak tahun 2008 lagi.

Dari tahun 2009 sehingga 2020 lebih dari 1,250,000 unit Fiesta dijual di UK dan populariti tersebut turut menyumbang kepada sasaran pencuri selain penawaran di banyak buah pasaran.

Adakah berkesan? Berikut ialah data daripada penganalisa keselamatan yang menunjukkan kes kecurian Fiesta baharu dengan fob kunci pintar yang diperkenalkan dua tahun lalu menunjukkan penurunan.

 

  FIESTA baharu FIESTA generasi terdahulu
  2018-2020 2009-2017
Jumlah jualan 223,600 1,027,000
Jumlah kecurian (2020) 231 3,152
Kecurian setiap 1,000 1.03 3.06

 

FordsecurityspecialistSimonHurr

 

Bagaimana pula dengan kereta tanpa fob kunci pintar?

Penulis percaya, peranti yang boleh memintas isyarat fob kunci menjadi kerisauan pemilik. Apa yang boleh dibuat ialah memasang alat keselamatan seperti pengunci stereng atau pedal.

Pengunci tersebut dapat mencegah dan melengahkan mereka yang berniat jahat.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…
Uncategorized
Farley berkata platform baharu itu sepatutnya membolehkan Ford mengeluarkan dan menjual EV yang…
Berita Global
Dikatakan, Ford akan memberhentikan kira-kira 3,500 pekerja mereka di Jerman ketika pembuat kereta…