Sekurang-kurangnya tujuh buah kereta jenis Honda Civic model tahun 1990-an dikesan diparkir secara haram di atas sebatang jalan menghala ke Kheam Hock Road pada Sabtu 26 Mac lalu.

Waktu kejadian tidak dapat dikenalpasti, namun insiden tersebut dipercayai dibuat pada waktu tengah malam di mana tidak banyak kereta melalui jalan tersebut.
Gambar yang dimuatnaik itu memaparkan kereta Honda Civic yang diparkir cantik pada salah satu lorong, di mana terdapat beberapa orang lelaki keluar dan berhenti mengambil gambar, dan ada di antara mereka yang dilihat mendukung anak kecil.
Sumber: Mothership SG