Tak terkesan dengan COVID-19, Lamborghini berjaya capai rekod jualan terbaik bulan lalu!

oleh Mohamad Hanif|
Tatkala pengeluar automotif lain sedang bergelut dengan masalah pengurangan jumlah jualan dan permintaan akibat wabak COVID-19, lain pula ceritanya dengan syarikat supercar dari Itali ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini kerana pada bulan lalu, Lamborghini berjaya mencatatkan rekod baharu dengan 738 unit kenderaan telah berjaya diserahkan kepada pelanggan - disifatkan sebagai bulan September paling baik pernah mereka alami.

Untuk suku ketiga tahun ini sahaja, Lamborghini berjaya menjual sebanyak 2,083 unit kenderaan, namun untuk memecahkan rekod yang dicatatkan pada tahun lalu, mereka perlu memastikan lebih daripada 8,000 unit kenderaan perlu dijual menjelang akhir tahun ini.

 


Sebagai peringatan, Lamborghini merupakan antara syarikat automotif terawal yang menyahut seruan untuk menutup sementara operasi ketika wabak pandemik melanda.

Namun, selepas tujuh minggu 'berehat', Lamborghini tidak pernah duduk diam dan hadir pula dengan tiga model baharu, iaitu Huracan RWD Spyder, Sian Roadster dan Essenza SCV12.

Dalam tempoh tersebut, Lamborghini berjaya mencapai rekod baharu, iaitu penghasilan SUV Urus sebanyak 10,000 unit dan angka yang sama turut dicapai untuk model supercar Aventador.

Berita Berkenaan

Berita Global
Lamborghini Huracán STO   Akronim model Lamborghini suatu yang menarik dan STJ singkatan …
Berita Global
Menurut Lamborghini, identiti logo baharu itu akan digunakan pada semua keretanya mulai sekarang…
Berita Global
  Walaupun berusia, 350 GT kekal anggun yang merupakan hasil rekaan dan dikeluarkan oleh …