Menurut Ketua Saintis Toyota Motor Corp, Gill Pratt kepada Reuters baru-baru ini, beliau percaya kepelbagaian di dalam penawaran trenkuasa mampu memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna untuk mengurangkan emisi CO2.
"Ia bukanlah keputusan kami untuk menentukan penyelesaian mana yang terbaik, atau penyelesaian ini yang akan memberikan kesan," ujarnya.
Tambah beliau lagi, insentif kerajaan seharusnya ditujukan terhadap pengurangan emisi karbon, bukannya memilih teknologi kenderaan yang terbaik untuk mencapai pengurangan karbon, merujuk kepada larangan untuk menjual kenderaan berenjin pembakaran dalaman (ICE) termasuk kereta hibrid.

Meskipun presiden Toyota, Akio Toyoda itu sendiri kerap memberikan pendapat beliau berhubung kenderaan bateri elektrik, Toyota tetap mengikut jejak langkah pengeluar automotif yang lain dengan pelancaran model crossover elektrik bZ4X pada tahun hadapan, selain merancang untuk melabur $13.5 bilion untuk penghasilan bateri EV.
Selain daripada itu, Toyota juga turut mempelopori teknologi kenderaan sel bahan api hidrogen menerusi pengenalan Toyota Mirai generasi kedua di mana ia dikatakan mampu menjadi alternatif kepada kenderaan elektrik bateri (BEV).
Di negara yang masih lagi kurang infrastruktur pengecasan, Toyota komited untuk menawarkan teknologi hibrid elektrik yang disifatkan lebih sesuai dan realistik memandangkan ia antara pilihan yang lebih mampu milik dan lebih praktikal.
Sumber: Autoblog