Tak sabar nak beli Defender? Dapatkan set LEGO® Technic Defender yang besar ini!

oleh Mohamad Hanif|
Selesai sudah pelancaran rasmi Land Rover Defender 2020 yang membawakan elemen-elemen klasik SUV off-road di sebalik casis yang serba moden itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Namun bagi anda yang tidak sabar untuk mendapatkan model baharu Land Rover Defender itu dalam bentuk skala sebenar, mungkin boleh cuba penuhi keinginan itu dengan set LEGO® Technic Defender yang akan mula dijual pada 1 Oktober nanti. 

 


Set LEGO® Technic Defender hadir dengan 2,573 unit Lego yang dihasilkan dengan penuh ketelitian (ia sebuah Technic bukan?) dan mampu menghasilkan rekaan dan fungsi yang hampir serupa dengan SUV bersaiz sebenar. 

Ia termasuklah sistem suspensi bebas sepenuhnya, sistem pacuan empat roda dengan tiga tetapan differential, kotak gear dan cangkuk tunda yang berfungsi sepenuhnya!
 


Menurut Pengarah Pemasaran Lego, Niels Henrik Horsted berkata, "dengan setiap elemen keseronokan Lego yang dipakejkan, saya berasa amat teruja dengan model baharu LEGO® Technic Defender ini, satu hasil kerja yang sangat menarik dari kumpulan pereka kami.

"Menerusi model ini, kami telah memasukkan elemen, rekaan dan kejuruteraan inovatif ke dalam satu set Lego® bagi menunjukkan tahap kreativiti yang tidak terbatas dalam permainan Lego®.

 


Setakat ini harga jualan rasmi masih belum diumumkan namun LEGO® Technic Defender ini tidak dinafikan amatlah sesuai dan sangat cool untuk dijadikan sebagai hiasan di meja kerja anda. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…
Gaya Hidup
  Ia juga merupakan kali pertama sebuah jentera F1 dijelmakan semula dalam bentuk LEGO Technic,…
Berita Global
  Menurut Toyota, replika itu dibina di Republik Czech dengan menggunakan kepingan Lego sebenar…